5 Jenis Bebelan Yang Akan Buat Pasangan Tersinggung.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja akan lakukan bebelan terhadap pasangan mereka. Semua bebelan itu menunjukkan bahawa dirinya sangat perihatin terhadap pasangannya. Bukan itu sahaja, bebalan ini juga merupakan satu tanda bahawa diri anda masih lagi mengambil berat terhadap dirinya. Maka ia bukan lah satu hal yang sepatutnya merimaskan tetapi jika terlalu banyak bebelan pasti sakit telinga juga kan. Namun begitu, anda harus berhati-hati dengan lima jenis bebelan ini, takut ia akan menyinggung perasaan pasangan anda.



1. Bebelan seolah membandingkan.

Mungkin niat anda hanya mahu memperbaiki dirinya, tetapi pada yang sama anda akan mengambil orang lain sebagai contoh. Tetapi anda sebenarnya tiada niat pun untuk membandingkan mereka. Namun pasangan anda pasti salah sangka bahawa menganggap bahawa anda membandingkan mereka.

2. Mengenai saiz badan serta berat badan.

Sesiapa sahaja akan tersinggung jika ditegur mengenai saiz badan, tetapi lagi terasa apabila pasangan mula membuat bebelan yang terlalu panjang mengenai saiz badan. Mungkin mereka akan beranggapan bahawa berat badan dirinya terlalu menaik dengan mendadak sehingga membuat dirinya rasa kurang keyakinan diri serta membuat mogok lapar. Biasanya kaum wanita la ini.

3. Mengenai penampilan.

Semua orang akan berasa yakin terhadap pernampilan mereka. Tetapi apabila ada yang menegur mereka akan penampilan ia pasti akan membuat seseorang itu hilang keyakinan. Mungkin juga anda senang melihat gaya penampilan dirinya tetapi cara anda memberi pujian itu dengan cara yang salah. Sebagai contoh, “ceh pakai skirt, cantik laa.” Ia kelihatan ringkas tetapi seseorang boleh merasakan dirinya tidak sesuai dengan pakaian tersebut.


4. Bebelan dalam menyokong tindakannya.

Anda mahu memberi sokongan kepada dirinya, tetapi anda memulakan dengan satu penghuraian yang panjang sehingga pasangan anda merasakan dirinya tidak mampu lakukannya. Sedangkan pada mulanya dirinya sudah cukup yakin dengan perkara tersebut. Contohnya, “lihat si A, dia pun pernah lakukan hal ini, jadi pasti tiada masalah kalau awak lakukannya.”

5. Bebelan ingin menasihati tetapi tidak kena cara.

Si dia meluahkan masalahnya terhadap anda, tetapi anda melakukan bebelan yang panjang sehinggakan pasangan anda merasakan anda lebih berlagak tahu dari dirinya yang merasai keadaan itu. Jika anda lihat selepas anda lakukan itu, dirinya akan lebih diam dan mengabaikan kata-kata anda.

Membebel itu tidak salah, tetapi pada masa yang sama perlu lah kena dan bersesuaian. Jangan nanti pasangan kita pula terasa hati dengan kata-kata kita.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen