Inginkan Dirinya Menjadi Pasangan Anda? Mari Lakukan Langkah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai seseorang yang akan mereka minati, dan tidak semua orang mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan mereka. Maka dengan itu pasti ada cara untuk membuatkan seseorang itu jatuh minat terhadap anda walaupun melalui satu hal yang kecil. Cuba lakukan empat langkah ini, mana tahu berhasil memiliki hati si dia.



1. Kerap mengajaknya makan bersama.

Langkah yang paling mudah untuk dilakukan adalah mengajak seseorang yang anda minat itu untuk keluar makan bersama anda. Tidak kira lah makan tengah hari mahupun makan malam. Tetapi yang penting anda belanja ya, bukan dirinya. Jika ada cuba untuk berjimat, apa kata anda sediakan bekal untuk makan bersamanya. Sudah pasti dirinya akan melihat segala usaha yang anda lakukan itu.

2. Melakukan aktiviti di luar bersama-sama.

Apabila tiba waktu hujuang minggu atau ada masa kelapangan, tidak salah sekiranya anda mengajaknya untuk melakukan aktiviti di luar bersama-sama. Sebagai contoh, pergi memanjat gunung, jogging bersama tidak pun bersiar-siar di taman bersama. Ini akan menyebabkan dirinya banyak masa terluang bersama anda. Baru lah dirinya rasa kehadiran anda.


3. Menonton wayang.

Biasanya orang akan memulakan ajak kali pertama dengan melalui menonton wayang di pawagam. Hal ini kerana. Masa yang dihabiskan bersama agak lama tetapi tidak memerlukan perbualan yang banyak. Bukan itu sahaja, selepas tamat menonton wayang, baru lah anda mempunyai topik untuk berbual dengan panjang lebar.

4. Tunjukkan sifat anda yang dirinya tidak pernah lihat.

Apa yang lebih membuat dirinya rasa tertarik dengan anda adalah dengan anda tunjukkan sifat anda yang dirinya tidak berpernah lihat ketika bersama rakan-rakan anda. Sebagai contoh, sifat penyayang, perihatin serta baik hati. Sikap-sikap yang anda rasa si dia akan suka. Tidak pun anda boleh selidik dahulu dirinya suka sifat yang bagaimana.

Jika anda takut untuk memulakan secara berdua, boleh anda lakukan secara bersama-sama rakan-rakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah lebih yakin terhadap diri sendiri dan bertindak secara tenang. Jangan terburu-buru, nanti dirinya terkejut dan anda terlepas peluang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen