Jangan Berkahwin Hanya Kerana Cinta…

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta, satu perkataan agung dianggap begitu suci yang mampu menyatukan dua hati. Yang mampu membuat saling membenci bersatu. Ramai yang berkahwin kerana cinta, kerana hubungan cinta yang bertahun dibina dan semua kerana cinta. Namun disebalik cinta itu pasti akan ada kedukaan. Bak kata orang tua-tua jangan hanya berkahwin dengan dirinya kerana anda cinta akan dia dan tidak menghiraukan segala hal yang lain. Mengapa kita tidak boleh berkahwin hanya kerana sebuah cinta?



1. Abaikan agamanya.

Hanya kerana cinta anda tidak melihat pegangan agamanya, sedangkan untuk membahagiakan satu hubungan itu agama lah yang paling perlu dijaga. Mungkin bagi anda ia mampu didik, tetapi anda perlu ingat mendidik seseorang yang tidak mahu berubah adalah satu hal yang sangat sukar. Melainkan dirinya sendiri yang mahukan perubahan. Jadi bagaimana perkahwinan tanpa agama? Tanpa agama bermakna tanpa solat. Adakah ia mampu membina keluarga Sakinah?

2. Abaikan latar belakang keluarganya.

Jangan hanya kerana anda cintakan dirinya anda tidak pandang latar belakang keluarga. Latar belakang keluarga memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang bahagia. Latar belakang sesebuah keluarga mampu mencorak kehidupan satu keluarga. Jika latar belakang keluarga mampu memberikan satu didikan yang baik kepada bakal suami isteri, maka mereka juga akan memberikan satu didikan yang baik kepada anak-anak mereka nanti.


3. Abaikan siapa dirinya sebenarnya.

Kerana cinta anda sanggup menerima segala kelakuan buruknya dengan harapan bahawa dirinya akan berubah satu hari nanti. Anda perlu tahu siapa dirinya sebelum mengenali anda, hal ini kerana tidak mahu kelakuan-kelakuan yang buruk menggangu rumahtangga anda. Sebagai contoh, jika pasangan anda suka menabur fitnah, tidak mustahil dirinya akan melakukan perkara yang sama selepas berkahwin nanti. Seseorang yang mahu berkahwin perlu pandai menjaga maruah diri serta pasangannya.

4. Abaikan status kewangan.

Sebagai seorang wanita, jangan mencintai seseorang lelaki hanya kerana anda cinta akan dirinya tetapi anda mengabaikan kewangan dirinya. Anda perlu mencari seseorang yang mempunyai pekerjaan yang tetap walaupun tidak mempunyai wang ringgit yang banyak. Mana tidaknya, seorang suami perlu memikul tanggungjwab, bukan seorang isteri yang memikul tanggungjawab. Tetapi jika dirinya rajin bekerja iaitu adalah satu hal yang baik.

Jika anda berkahwin kerana cinta semata-mata, tidak mustahil perasaan cinta itu akan hilang. Tetapi kebahagiaan tidak akan terjadi apabila tiada cinta di hati. Jadi banyak perkara memainkan peranan penting dalam bercinta ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen