6 Sebab Bercinta Dengan Si Kaki Travel Ini Adalah Satu Perkara Yang Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan anda seorang kaki travel? Jangan risau akan perkara itu, mereka ini lebih banyak keunikan yang tersendiri. Mungkin bagi anda ia hanya akan menghabiskan duit simpanannya sahaja, sedangkan mereka ini banyak kelebihan yang anda tidak tahu. Jika anda memiliki pasangan seperti ini ia sangat menguntungkan. Mari ketahuinya.



1. Mempunyai pengetahuan yang luas.

Sudah banyak tempat yang dirinya pergi, sudah pasti telah melihat pelbagai perkara serta memperlajari budaya orang. Jadi mereka ini sudah pasti tergolong dalam seseorang yang mempunyai pengetahuan luas. Mana tidaknya, sifatnya yang ingin tahu itu lah yang membuat dirinya suka belajar suatu yang baru.

2. Tidak mempunyai sifat terlalu bergantung.

Mereka ini juga dikatakan lebih bersifat mendiri, iaitu lebih berdikari. Menjadi seorang kaki travel ini perlu bergantung pada diri serta berani. Jika tidak ada semua itu, sudah pasti mereka ini mudah ditipu orang. Jika pasangan anda seorang pengembara solo, ia lagi lah seorang yang sangat berdikari dan berani. Mana tidaknya bersendirian di tempat yang asing, macam-macam hal boleh jadi.

3. Mudah menyesuaikan diri.

Mereka ini juga dikatakan seorang yang mudah untuk menyesuaikan diri. Jadi tidak susah lah nak bawa mereka ini jumpa ibu bapa anda. Mana tidaknya, banyak tempat yang dirinya pergi sudah tentu mempunyai perbezaan budaya, agama serta makanan. Jika tidak belajar suaikan diri bagaimana mahu hidup ditempat orang.


4. Seorang yang spontan.

Di samping itu juga, mereka ini dikatakan seorang yang spontan serta lebih mudah untuk berkawan. Jika mereka ini pemalu pasti agak sukar untuk mereka hidup ditempat lain. Jadi mereka ini perlu lebih spontan dalam tingkah laku agar mampu memikat hati ditempat dia pergi.

5. Pandai menyimpan.

Jangan risau akan mereka ini, sudah pasti mereka ini pandai menyimpan wang mereka dan bukan seorang yang boros. Mana tidaknya, mereka ini pasti akan berusaha menyimpan wang mereka demi untuk megikuti kehendak mereka. Dalam hidup mereka sudah meletakkan target, jadi untuk berbelanja secara boros itu bukan pilihannya.

Jika anda memiliki pasangan seperti ini jangan lepaskan mereka. Mereka ini pasti akan memberi kebahagiaan di dalam hubungan kalian. Nanti anda boleh pergi travel bersama-sama pasangan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen