Bukan Mudah Untuk Melupakan Seseorang Yang Pernah Kita Cintai.

Memang benar bukan terlalu mudah untuk kita melupakan seseorang yang pernah kita cintai. Tak semua orang mengalami fasa perkenalan yang sama. Ada yang  bertahun-tahun, kemudia berpisah kerana tiada jodoh. Ada juga dalam masa perkenalan yang singkat, namun ia tidak lah buang masa bagi empunya diri untuk mencari pengganti.

Kita akan merasakan orang sekeliling seolah-olah tidak memahami diri kita yang sedang putus cinta. Mengapa semua ini terjadi? Mengapa diri tidak boleh mengecap bahagia seperti orang lain? Mengapa diri tidak boleh mengukir senyuman dengan lama? Mengapa perasaan bahagia itu hadir dengan sekelip mata?

Tetapi…

Di sebalik bertanyakan soalan demi soalan yang tiada jawapan itu dan yang pasti mahu mencari jawapan pun bukan mudah seperti kita mahu melupakan seseorang.



Tanyakan pada diri kita soalan ini…

Adakah semua ini terjadi bersebab? Ya…

Aku salah beri kebahagiaan pada orang lain ke? Ya….

Senyuman ini hanya untuk dia (bekas kekasih) melihat sahaja ke? Tidak, tetapi untuk orang ramai… melihat…

Aku layak untuk bahagiakan? Ya…

Jika bertanyakan soalan yang ada jawapannya, lama-kelamaan pasti kita akan memahami diri kita sendiri. Justeru orang sekeliling juga akan tahu untuk kendalikan emosi kita dengan sebaik mungkin. Jika kita sendiri seolah-olah membina penjara sendiri, dan terperangkap di dalamnya, bagaimana untuk mencari kunci sedangkan kunci itu ada pada diri sendiri?



Ya, memang bukan mudah untuk kita melupakan seseorang yang pernah kita cintai kerana terlalu banyak kenangan indah bersama. Tetapi manusia ini sementara. Datang dan pergi. Namun Allah masih disisi.

Apabila putus cinta jangan lah terlalu menghukum dan menekankan diri sendiri dengan bertanyakan soalan yang bertubi-tubi sehingga terperangkap tiada jawapan. Jadi, fikirkan lah solusi apa yang perlu kita lakukan untuk hadapi semua ini.

Jika anda sendiri tidak kuat dan tabah untuk lalui semua ini, orang sekeliling juga akan buntu untuk menolong. Jika anda tidak bangkit untuk meneruskan kehidupan, jadi bagaimana sahabat atau ahli keluarga ingin menolong anda bangkit? Bagai mengheret badan sehingga tersiat kulit? Pasti sakit bukan? Adakah anda tidak sayangkan pada diri anda sendiri?

Ya, memang bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah kita cintai tetapi jika anda tidak lagi menyayangi diri sendiri, siapa lagi yang mahu sayangkan diri anda? Jika bukan orang lain, anda sendiri pastut menghargai diri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen