Antara Kesalahan Yang Membuatkan Bakal Jodoh Takut Dan Menjauhkan Diri Daripada Anda Tanpa Sedar.

Apabila kita mengenali seseorang dan senang akan sikap mereka, pasti kita merasakan dial ah yang sesuai menjadi pasangan. Atau dengan lebih tepat anda dapat merasakan, dial ah jodoh anda yang tepat.



Namun tiba-tiba dalam sekelip mata, anda tidak sedar kesalahan yang anda buat, lama-kelamaan si dia bakal menjauhkan diri, kenapa? Jom lihat antara kesalahan yang mungkin anda lakukan…

1. Anda menakutkan si dia dengan cuba menjauhkan diri daripada komitmen.

Si dia yang mungkin berusaha untuk menjadikan anda sebagai pasangan, sedaya upaya mengajak untuk melakukan sesuatu lebih serius. Namun anda pula sebaliknya. Anda mahu melakukan perkara yang serius seperti menyimpan wang, mula mencari rumah dan sebagainya, tetapi masih lagi mahukan keseronokan. Anda rasa seperti tidak puas untuk berseronok, dan akhirnya bakal jodoh hanya melihat anda tidak serius.



2. Anda menakutkan si dia seperti manusia ini tidak patut melakukan kesalahan.

Si dia seperti takut dengan anda. Jika buat salah sedikit pasti tiada ruang untuknya memberi penjelasan dengan apa yang dilakukan. Anda sahaja yang betul dan anda juga mahukan si dia sentiasa melakukan sesuatu perkara yang betul sahaja. Tidak pernah silap.

3. Anda menakutkan si dia bahawa hubungan ini seperti tidak boleh kekal lama.

Oleh sebab sudah terlalu banyak kisah rumah tangga di sosial media dimana kisahnya kadang-kala menakutkan golongan bujang, anda turut merasa perkara yang sama. Lalu anda ‘sampaikan’ ketakutan tersebut pada si dia, dan tidak boleh berfikiran positif. Disini si dia akan dapat merasakan, anda memang takut untuk berkahwin.



4. Anda menakutkan si dia dengan menjadi terlalu dominan.

Anda seperti mampu mengawal segalanya. Anda seperti nampak berkuasa untuk mengawal sesuatu keadaan. Situasi ini akan menyebabkan si dia akan berasa terkongkong seperti duduk di bawah kuasa anda. Si dia tidak bebas untuk melakukan perkara yang dia suka atau mungkin menjadi impiannya selama ini.

5. Anda menakutkan si dia dengan sikap negatif anda.

Anda terlalu negatif dengan hidup anda sendiri. Apabila diberi solusi semuanya dipandang negatif dan anda cepat putus asa. Perkara sebegini si dia akan membayangkan, bagaimanakah hidupnya nanti setelah berkahwin dengan pemikiran negatif anda? Adakah rumah tangga akan menjadi positif?

Jika anda melakukan kesemua kesalahan ini, tidak hairan jika seseorang yang anda rapat tiba-tiba menghilangkan diri. Namun, ia juga terpulang pada anda atau si dia, jika masih lagi mahu mempertahankan hubungan walaupun kesalahan demi kesalahan yang dilakukan, komunikasi adalah cara terbaik untuk selesaikan masalah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen