Kenapa Hati Seperti Dapat Melupakan Tentang Bekas Kekasih, Tetapi Minda Sering Pula Teringat Pada Kenangan Lama?

Bertemu dengan cinta baru tidak semestinya dapat melupakan kenangan lama bersama bekas kekasih. Walaupun hati telah bersulamkan cinta dan bunga yang baru, namun minda kadang-kala pasti terpikirkan memori-memori indah bersama si dia. Apabila duduk keseorangan, pasti mudah sahaja minda mengimbau kenangan yang lalu.



Mengapa terjadinya perkara sebegini? Jom lkita lihat puncanya…

1. Mungkin pemberian hadiah yang tidak pernah dihapuskan.

Bagi anda pemberian hadiah daripada bekas kekasih tidak patut dibuang kerana mungkin ia barang berharga seperti barang kemas atau barang-barang yang berjenama. Ketika itu mahu memulangkan barang, si dia menolak mentah-mentah dan mahu anda memberikan barang tersebut pada orang lain.

Jadi, barang tersebut terkubur lama dirumah, asalkan mengemas sahaja pasti ternampak barang tersebut. Jika benar anda sudah melupakan si dia, beri sahaja barang tersebut pada orang lain sebagai sedekah.



2. Mungkin tidak betul-betul melupakan bekas kekasih.

Asalkan ada sahaja lagu yang disiarkan pasti teringat kembali pada si dia. Secara tiba-tiba lagu tersebut mengingatkan kembali anda kepada si dia, kemudian meratapi kesedihan. Jika benar anda sudah ada pasangan baru, sikap begini bakal mengundang  ragu-ragu pada pasangan baru tersebut. Jangankan hal begini menjadi pundah pergaduhan antara anda dengan cinta baru.

3. Mungkin anda cemburu melihat pasangan baru bekas kekasih lebih elok dari pasangan anda.

Kawan-kawan mengatakan buat apa mahu block sosial media bekas kekasih kerana kelak mahu menunjukkan bahawa anda sudah bahagia mempunyai pasangan baru. Ternyata kaedah sebegitu hanya membuatkan anda gemar membandingkan pasangannya dengan pasangan baru anda.

Kenapa selepas putus, si dia boleh dapat pasangan yang lebih baik, tetapi tidak anda? Pemikiran sebegini pasti akan merosakkan hubungan anda dengan pasangan kelak. Hati-hati!



4. Mungkin bekas kekasih anda seorang yang baik?

Anda seolah-olah tidak dapat menyenaraikan sikap buruknya. Apabila kawan-kawan bertanya mengapa anda dengan si dia putus? Anda menjawab “Dia baik…tapi…” Tapi apa? Anda merasakan anda seperti tidak dapat meneruskan hubungan yang lama dengan si dia dan membuat keputusan untuk putus. Jika ini alasannya, sampai bila-bila pun anda pasti sukar untuk melupakan bekas kekasih.

Jadi, fikir lah sebaik mungkin sebelum untuk putus dengan bekas kekasih. Jika kesalahan yang dilakukan dapat diperbaiki, jangan lah terus pergi meninggalkan si dia, nanti takut menyesal dikemudian hari.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen