Usah Malu Berkahwin Pada Usia Yang Lewat.

Menurut perkongsian dari saudara Faridzul Nasaruddin. Beliau bernikah dengan isterinya sekarang ketika umur 30 pada tahun 2016 dimana ia boleh dianggap umur pada peringkat yang lewat untuk berkahwin. Namun kini, ramai sahaja pasangan yang sudah  masuk pertengahan 30-an masih lagi belum bertemu jodoh. Anda melihat ramai berumur bawah 30 sudah berkahwin mungkin kerana anda berada pada kelompok tersebut dengan begitu lama. Jadi keluar lah mencari kelompok mereka yang masih belum bertemu jodoh lagi.



Menurut Faridzul lagi dengan membuat solat istikharah dan membulatkan hati demi agama dan sunnah Rasulullah SAW dan meminta keluarga untuk uruskan pernikahan dia dengan pasangan.

Nasihatnya juga…

“JUST GO WITH THE FLOW. Allah takkan bagi benda buruk kepada hambaNya yang beriman. Bahkan, yang buruk pada mata kita sebenarnya adalah yang paling baik di mata Allah, PERCAYALAH….”

Orang kata, dalam kehidupan berumahtangga ni ada banyak episod yang kita kena tempuh. Ada pasang dan ada surutnya.

So, saya nak cerita ni terus abadi kat timeline fb saya ni, supaya, bila ada episod-episod baru yang muncul esok, lusa atau 10, 20 tahun akan datang, saya akan sentiasa ingat dan diingatkan tentang episod 1 kisah cinta saya yang tercoret dalam tulisan panjang ni.

Dan, satu lagi, kalau korang baca balik kat atas, saya yang banyak buat tak tentu hala sebelum ni sehingga perkahwinan kami tergendala ke usia 30. Hu.


So, saya nak sentiasa ingat dan diingatkan supaya saya tidak lagi beri kesakitan dan keperitan yang pernah saya bagi dulu kat dia, saya, Mama, Ayah, Wan dan seluruh ahli keluarga saya.

Sekarang ni, tentang anak, harta, kerjaya bahkan tentang kehidupan yang mendatang, saya masih lagi berpegang pada premis yang sama;

JUST GO WITH FLOW. InsyaAllah, everything will be fine and perfect….”

Jadi kepada mereka yang sudah berumur 30-an, jangan terlalu risau jika masih belum bertemu jodoh. Mungkin hikmah yang Allah mahu berikan kepada hambanya sangat cantik. Secara mata kasar kita sendiri tidak mungkin dapat melihat apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Tetapi diberi daya akal untul berfikir, berdoa lah kita tanpa henti, berusaha tanpa jemu, dan bertawakal lah dengan seluruh hati. Anda yang masih belum bertemu jodoh pada usia yang agak lewat fikirkan keuntungan anda untuk tidak menambah dosa seperti  derhaka kepada pasangan (suami atau isteri). Ini kerana dugaan berkahwin berbeza dengan zaman bujang. Percayalah masih ramai lagi yang belum bertemu jodoh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen