20 Petua Untuk Mendapatkan Keluarga Yang Bahagia Menurut Islam.

Jom lihat 20 petua tersebut, dan jangan lupa untuk dijadikan amalan pada yang bakal berkahwin dan sudah berumah tangga…

1. Yang paling utama adalah solat di awal waktu, pasti keluarga akan bahagia.

2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari seperti solat berjemaah, makan berjemaah, dan berkongsi cerita. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.



4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6. Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.

7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8. Ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.



9. Sentiasa mengenali Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

10. Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu dengan sentiasa membaca Al-Qur’an.

11. Suami yang memberi nafkah kepada isteri iaitu tempat tinggal, makanan dan pakaian.

12. Belajar untuk tidak merungut kerana Rasulullah SAW tidak pernah merungut sekiranya masakan yang dimasak oleh isterinya tidak sedap. Merungut juga adalah salah satu tanda hati yang telah hitam.

13. Rajin untuk bersihkan tandas dan bersihkan rumah. Kerja-kerja pembersihan seperti ini akan membersihkan hati yang hitam kelak. Insya Allah.

14. Sentiasa bersabar dan memperbetulkan diri sendiri dahulu, kemudia perbetulkan kekurangan ahli keluarga. Bukannya mencari kesalahan orang luar sahaja.



15. Tidak mengharapkan pujian daripada pasangan, tetapi mengharapkan apa yang Allah pandang dan Allah sayang.

16. Dapat mengekalkan sikap romantik di dalam rumah tangga, walaupun dihadapan anak-anak.

17. Suami isteri yang ringan mulut untuk sentiasa mengungkapkan kata-kata cinta dan penghargaan.

18. Tidak menggunakan kekerasan dan kekasaran fizikal dalam mendidik anak-anak kerana Rasulullah SAW menggunakan komunikasi yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik.

19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

20. Buat sesuatu kerana Allah. Kerana yakin, jika kita melakukan kebaikan Allah akan membalas kebaikan pada kita termasuk pada ahli keluarga.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen