Jangan Dibutakan Hanya Kerana Cinta...

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak orang yang berkahwin kerana rasa cinta mereka terhadap pasangan mereka. Bahkan kerana cinta juga mereka ini sanggup memejamkan mata semua tindakan pasangan mereka. Adakah cinta itu sangat penting bagi mereka yang ingin berkahwin? Tapi bagaimana dengan orang dulu-dulu yang berkahwin tanpa cinta? Adakah mereka ini tidak bahagia?



Bukannya cinta itu tidak penting, tetapi ramai orang sanggup menutup mata semua perkara mengenai pasangan kerana dirinya cintakan pasangan tersebut. Cinta itu mampu membuat seseorang itu sanggup setia ketika susah dan senang, sanggup dimaki dan dipukul itu belum lagi sanggup menyerahkan jiwa dan raga pada pasangannya. Cinta itu membutakan mata mereka yang terlalu terbuai dengan kasih sayang palsu.

Apabila anda cintakan seseorang, anda seharusnya membahagiakan dirinya bukan melukakan dirinya. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mencintai seorang wanita tidak akan menyentuh kekasihnya selagi mereka belum menjadi suami isteri yang sah. Malah, lelaki tersebut seharusnya menjaga kehormatan serta maruah pasangan dengan baik sekali bukan mengambil kesempatan terhadap pasangannya itu.

Selain itu juga, apabila anda terlalu cinta seseorang anda akan memperbetulkan segala perbuatan salahnya. Bukannya membiarkan dirinya terus menerus melakukan perbuatan yang salah. Contohnya, jika pasangan anda suka berlumba motosikal secara haram, anda sebagai pasangannya seharusnya tidak menggalakkan dirinya melakukan perbuatan tersebut. Tetapi mengajak dirinya untuk berubah dan melakukan perkara yang lebih berfaedah. Bukannya membiarkan dirinya melakukan apa yang disukainya.


Di samping itu juga, apabila anda mencintai seseorang, anda tidak akan sanggup membiarkan diri anda terluka kerananya. Sebagai contoh, anda membiarkan pasangan anda memukul serta memaki anda dengan menggunakan kata-kata yang kesat. Anda seharusnya mengambil keputusan yang bijak agar dirinya sedar akan perbuatan tersebut serta mengelakkan perkara tersebut menjadi kebiasaan dirinya.

Sebenarnya, apabila anda mencintai seseorang, anda dan pasangan anda akan membawa serta membimbing pasangan ke arah kebaikan. Bukannya menutup mata dan merelakan setiap perbuatan yang salah. Itu bukan lah satu cinta yang sebenar, tetapi ia adalah cinta yang takut kehilangan.

Jangan kerana cinta anda sanggup diri anda dipelakukan dengan sesuka hatinya. Jika pasangan anda sering melukakan anda maka tinggalkan dirinya. Cari pasangan yang mampu membimbing anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen