Teman Wanita Keras Kepala Adalah Pasangan Yang Terbaik, Ikuti Cara Untuk Hadapi Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerap kali kita dengar bahawa wanita yang seorang keras kepala ini adalah calon isteri yang terbaik. Mengapa mereka ini dikatakan yang terbaik? Hal ini kerana mereka ini dikatakan seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah mempercayai kata-kata orang lain. Jadi jika bercinta dengan mereka ini sudah pasti masalah hanya akan timbul diantara kesilapan dirinya ataupun pasangan sahaja. Namun dalam kebaikan memiliki mereka ini pasti leceh juga untuk tangani perangai mereka. Jadi mari ikuti empat langkah mudah ini.



1. Tunggu emosinya redha.

Apabila bergaduh ataupun berlaku perselisihan faham, jangan terus menyerang mereka. Tetapi mengambil langkah untuk membiarkan dirinya menenangkan dirinya terlebih dahulu. Jika anda terus melawan mereka ini, tidak mustahil masalah yang anda hadapi semakin teruk. Jadi biarkan sahaja jika dia banyak mendiamkan diri ataupun terlalu marahi anda. Apabila anda lihat emosinya sedikit tenang, maka mula berbincang kembali dengannya.

2. Pastikan anda sampaikan satu perkara dengan jelas.

Pasangan yang keras kepala ini akan lebih mudah untuk marah apabila anda tidak memberitahu mereka satu perkara secara jelas. Apabila pendapatnya dan perkara tersebut bercanggah ia akan menimbulkan rasa sakit hati. Maka dirinya akan mula mempertahankan apa yang dirinya fahami. Jadi, apabila hendak katakana sesuatu pastikan maksudnya jelas ye.

3. Nada yang rendah.

Mereka yang keras kepala ini mudah melenting apabila nada suara anda tidak kena tentang suatu perkara yang dibincangkan. Apabila mereka ini menlenting, maka berlaku lah pergaduhan. Jadi cuba untuk gunakan satu nada yang rendah di mana dirinya tidak mudah melenting tetapi menerimanya dengan baik.


4. Akhiri pergaduhan dengan memujuk.

Wanita sukakan pujukan, nak-nak mereka yang keras kepala ini. Sudah pasti mereka ini sukakan pujukan. Jadi tidak salah sekiranya anda memujuknya selepas tamat pergaduhan. Bak kata pepatah, ambil yang jernih buang yang keroh. Tetapi jika anda hanya mementingkan ego anda tidak jadi apa lah hubungan tersebut.

Wanita keras kepala ini mudah untuk ditangani apabila kena dengan cara yang betul. Tetapi jika anda tidak mahu mengalah dan mengikuti rentak langkahnya sahaja, mungkin anda tidak bersesuaian dengan wanita yang mempunyai sikap seperti ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen