Mengapa Lelaki Lebih Cepat Move On Berbanding Wanita?

Oleh: Zuzu Yasmine

Berlaku perpisahan dalam percintaan bukan satu perkara yang baru lagi. Perpisahan ini akan berlaku apabila kedua-dua pihak merasakan tiada lagi persefahaman serta keserasian dalam hubungan. Bukan hanya itu sahaja, kekangan daripada pelbagai punca juga menjadi salah satu punca perpisahan. Namun itu bukan hal yang paling utama, tetapi yang kerap menjadi bahan utama adalah siapa yang paling mudah move on. Adakah lelaki mahupun wanita?



Antara lelaki dan wanita, mana yang lebih cepat move on? Ramai yang memberi pendapat bahawa lelaki lebih mudah move on berbanding wanita. Manakala wanita pula lebih berharap ingin kembali bersama pasangan, betul ke?

Sebenarnya, mengapa lelaki cepat move adalah apabila mereka ini melakukan satu penolakan untuk mempertahankan diri akibat dari stress perpisahan. Manakala wanita pula lebih kepada untuk mengenang kenangan lalu serta rela untuk berpatah hati dalam masa yang lama. Ini semuanya bergantung kepada tindakan perasaan itu sendiri. Jika anda tidak mahu di dalam satu kelukaan yang lama maka anda perlu membuat satu langkah baru.


Bukan itu sahaja, antara sebab lain mengapa lelaki ini lebih mudah untuk move on adalah apabila dirinya merasakan pasangan yang baru akan menggantikan segala kesedihan di dalam hati mereka. Bagi mereka pasangan yang baru ini akan menghilangkan rasa sunyi dan rasa keseorangan. Manakala wanita pula merasakan dirinya sepatutnya telah melupakan cinta yang lama sebelum bertemua dengan seseorang yang baru.

Tindakan untuk move on terlebih dahulu ini juga dikatakan sebagai perlarian untuk merasa lebih rasa kecewa ataupun rasa kesunyian. Maka adalah lebih elok jika perasaan itu digantikan dengan seseorang yang mampu memberi kebahagiaan kepada diri mereka. Kira macam kalau orang dah tak nak buat apa nak tunggu lagi.

Jadi jangan hairan jika seorang lelaki itu mudah mendapatkan pengganti dalam masa yang singkat. Tetapi, wanita juga kadang kala akan lebih cepat move walaupun tidak mempunyai pengganti lagi. Semuanya itu bergantung pada perasaan individu tersebut, kerana setiap orang tidak sama dalam punca perpisahan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen