5 Kebaikan Bercinta Dengan Mereka Yang Lebih Tua.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta dengan lelaki yang sedikit berumur mahupun wanita berumur bukan lah satu perkara yang pelik pada masa kini. Rata-rata wanita lebih menyukai lelaki yang berbeza umur dengannya kerana merasakan bahawa lelaki terbabit mampu melindungi dirinya. Manakala lelaki yang bercinta dengan wanita yang sedikit berumur ini pula sukakan wanita yang mempunyai sifat keibuan. Jadi mari kita lihat kebaikan bercinta dengan mereka yang lebih tua ini.



1. Boleh berkongsi pengalaman.

Kerana mempunyai perbezaan umur, sudah pasti lah pasangan anda itu akan lebih banyak pengalaman yang dilalui. Maka dirinya boleh lah berkongsi pendapat serta pengalaman hidup ke pada anda. Sedikit sebanyak akan membantu anda dalam kehidupan anda. Bukan itu sahaja, berkongsi pengalaman ini juga akan menguatkan hubungan.

2. Kehidupan lebih stabil.

Mereka yang sedikit berumur ini juga dikatakan lebih memiliki kehidupan yang stabli. Tidak kira lah dari segi kewangan mahupun kerjaya. Jadi tidak salah sekiranya anda bergantung hidup kepadanya satu hari nanti. Hal ini kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada kehidupan anda pada masa akan datang. Ini merupakan jaminan anda pada masa hadapan.

3. Lebih bersedia.

Beruntung sekiranya anda bercinta dengan mereka yang lebih tua ini. Mana tidaknya, anda akan jauh dari perhubungan toksik. Bukan hanya itu, pasangan anda pasti lebih bersedia untuk berkomitmen dan mereka tidak takutkannya. Ini merupakan satu bonus untuk anda. Jadi jika anda ingin segera menikah, cari lah mereka yang sedikit berusia dari anda.


4. Lebih mudah untuk diuruskan.

Biasanya bercinta dengan mereka yang sedikit berusia ini mereka lebih matang. Jadi ia akan bersesuaian dengan darah muda anda. Sikap untuk membrontak mahupun bergaduh dengan hal kecil ini berkurangan jika hendak bandingkan dengan mereka yang sama-sama muda.

5. Kelihatan lebih sesuai.

Yang muda biasanya ingin dimanja dan difahami, manakala yang tua suka memberi pelindungan dan tempat untuk berkongsi. Jadi sudah tentu kalian akan kelihatan lebih sesuai dan serasi. Bukan itu sahaja, lelaki yang sedikit berumur ini dikatakan lebih mempunyai sifat muda di dalam jiwa mereka.

Kesimpulannya, pasangan yang jauh beza umur ini berpeluang mempunyai satu hubungan yang lebih bahagia berbanding pasangan lain. Hal ini sikap matang pasangan akan membuatkan mereka ini lebih mudah untuk berkerjasama dalam hubungan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen