Jika Anda Mahu Menjadi Teman Wanita Yang Disayangi Dan Dijadikan Bakal Isteri, Elakkan Bertanya 10 Soalan Ini.

Lelaki tidak kisah jika teman wanitanya manja dan seakan mengada seperti anak kecil. Tetapi jangan pula terlalu kebudak-budakan yang merimaskan. Lelaki mahu teman wanitanya matang, tapi dalam pada masa yang sama mempunyai sikap manja.

Matang yang bagaimana? Matang jika anda tidak bertanyakan 10 soalan ini…

1. “Gaji awak berapa eh?”

Belum lagi menjadi isterinya yang sah, sering pula bertanya tentang gaji teman lelaki. Lelaki kelihatan seperti tidak kisah jika teman wanitanya bertanyakan tentang gaji, tetapi pendapatan mereka juga adalah privasi mereka juga. Khuatir si dia akan menganggap anda kaki kikis.

2. “Mak awak tu baik tak?”

Kenapa perlu bertanyakan soalan yang agak sensitif lebih-lebih lagi tentang ibunya sendiri? Jika teman lelaki mengajak untuk berjumpa dengan ibu bapanya, JANGAN MENGELAK dan lihat dengan mata sendiri. Oleh itu lebih baik jika anda soal “Mak awak tu orangnya macam mana ya?” Kan lebih sopan.

3. “Awak ada perancangan masa hadapan tak?”

Si lelaki tidak faham bahasa kiasan anda. Apa yang anda cuba soalkan? Berkenaan apa? Perkahwinan? Duit simpanan? Sambung belajar? Sudah tentu setiap lelaki ada perancangannya untuk masa hadapan. Cuba soal secara berterus-terang okay.



4. “Saya dah nampak gemukkan?”

Bila teman lelaki jawab anda kurus, anda tidak percaya. Apabila dia menjawab anda gemuk, kena marah pula. Jadi?

5. “Ex-girlfriend awak dulu cantik tak?”

Percayalah lelaki tidak suka mengimbau tentang bekas kekasihnya, jika si dia sudah menemui cinta baru. Tiada motif untuk tanya soalan tersebut.

6. “Saya ke, ex-girlfriend awak lagi cantik?”

Seperti point nombor 5, jika lelaki sudah menemui cinta baru, mereka tidak suka membuat perbandingan terutamanya tentang kecantikan.

7. “Kenapa senyap je, tengah teringat kat ex-girlfriend ke?”

Kadang-kala lelaki mendiamkan diri pening nak bahagiakan teman wanitanya, bukan teringat pada bekas kekasih. Baca balik point nombor 5 dengan 6.



8. “Awak pernah tengok video tak senonoh tak?”

Jangan bertanyakan soalan yang akan menjurus ke arah pada diri anda sendiri. BAHAYA! Anda sebagai perempuan pasti tidak mahu apa yang lelaki fikirkan sebenarnya.

9. “Dah kahwin nanti, saya dapat duit belanja tak?”

Seperti point nombor 1, jangan terlalu kelihatan mata duitan. Sudah tentu mereka akan bagi apabila anda telah menjadi isteri yang sah.

10. “Awak dapat terima tak kalau saya dah tak cantik nanti?”

Jika anda terlalu kerap bertanya soalan tentang kecantikan, takut nanti betul-betul dia cari wanita yang lebih cantik dari anda. Mungkin bosan dengan soalan yang diajukan yang sentiasa merangkap dirinya. Jika si dia sudah menerima anda seadanya, bersyukur sahaja lah.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen