Bagi Wanita Yang Tidak Sabar Untuk Berkahwin, Pastikan Anda Lakukan 6 Perkara Ini Dahulu.

Menjadi seorang wanita, setiap perkara yang dilakukan perlu dibuat dengan terperinci. Semua perkara perlu dititik beratkan termasuklah tentang perkahwinan. Jadi, sebelum berkahwin anda perlu lakukan 6 perkara ini supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

1. Kenal pasti calon suami.

Jangan berkenalan dengan sembarangan lelaki. Pilihlah calon bakal suami yang dituntut oleh Allah SWT. Sebagai muslimah, pilih lah calon membuatkan hati anda tenang dan tidak serabut. Kenali mereka dengan lebih dalam juga, terutamanya tentang ahli keluarga, pekerjaan, tinggal dimana, kewangan dan seumpama dengannya.



2. Dapat mengawal emosi.

Anda perlu tahu setelah berkahwin, emosi anda menjadi lebih tidak stabil kerana adanya pihak kedua dan ketiga iaitu suami dan bakal anak. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti ada yang bakal membuatkan anda menjadi lebih emosi, sentap dan mudah merajuk. Jadi, didiklah diri dengan seawal mungkin untuk mengawal emosi. Jangan terlalu mengharap pada bakal suami untuk mengawalkan untuk anda.

3. Boleh bekerjasama.

Lihat pada sikap anda sendiri, adakah anda seorang yang boleh bekerjasama dengan orang lain? Ketika di sekolah/Universiti/Pejabat bagaimana anda melakukan kerja dalam berkumpulan? Jika anda seorang yang kekwat dan sukar untuk bekerjasama, tidak mustahil dalam perkahwinan juga anda akan bersikap begitu.

Kerana perkahwinan itu akan melahirkan satu pasangan yang perlu bekerjasama tidak kira masa dan tempat.



4. Mempunyai simpanan.

Jika anda mahu berkahwin, didiklah diri untuk menyimpan sedikit wang untuk perkahwinan. Dari sini ibu bapa pasti akan berasa yakin bahawa anda boleh menjaga diri kelak. Dan dari sini juga mereka akan nampak usaha anda yang betul-betul mahu berkahwin tanpa mengharapkan duit sesiapa. Jika tidak cukup, tidak salah untuk berbincang dengan ibu bapa mengenai kewangan ini.

5. Melakukan ujian HIV.

Mungkin sesetengah wanita menganggap ujian HIV tidak penting, tetapi di zaman serba moden ini, perkara ini perlu dilaksanakan. Ujian ini penting untuk mengelakkan jangkitan jika terbukti pasangan atau anda sendiri yang pembawa HIV. Virus merbahaya ini mampu memberikan kesan pada masa depan anda.

6. Jaga batas pergaulan.

Sebelum sah bergelar suami isteri, anda harus jaga pergaulan anda dengan pasangan anda. Jaga batas dan jaga diri anda dengan baik. Jangan sewenangnya menyerahkan jiwa dan raga pada lelaki dengan mudah. Jaga aurat anda sebagai seorang wanita dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama islam.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen