Elakkan Lakukan 5 Sikap Ini Terhadap Pasangan, Jika Tidak Mahu Dianggap Sebagai Keanak-anakkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai kelaukan yang berbeza. Di mana ia boleh menjadi tiga sikap yang berlainan terhadap orang yang berlainan. Jadi apabila bersama pasangan sudah pasti sikap manja dan inginkan perhatian lebih terdedah kepadanya. Biasanya wanita akan melakukan sikap-sikap sebegini dalam secara sedar atau tidak. Tapi sikap bagaimana yang kerap mereka lakukan? Jom kita ketahuinya.



1. Sikap ingin ditemani.

Tidak ada yang lebih menyeronokkan apabila anda dilayani sebagai puteri raja oleh pasangan anda. Apabila anda ingin ke mana sahaja, pasangan anda sanggup menjadi peneman serta pemadu yang setia. Tetapi tahukah anda sikap anda ini kelihatan sedikit keanak-anakkan. Mana tidaknya, anda seolah-olah tidak mampu untuk menempuhi dunia luar dengan diri anda sendiri. Anda sentiasa mengharapkan pasangan anda.

2. Minta password media sosial pasangan.

Anda perlu tahu, setiap orang perlu anda masa untuk diri mereka sendiri. Media sosial biasanya adalah satu hal yang peribadi. Jadi jika anda meminta dan mengambil tahu password media sosial pasangan itu bermakna anda berkelakuan seperti keanak-anakkan. Anda harus berfikir dengan lebih matang dengan mempercayai pasangan anda.

3. Mudah merunggut.

Sikap mudah merunggut terhadap satu perkara yang kecil juga dianggap sebagai satu kelakuan keanak-anakkan. Jika anda mudah merajuk ataupun marah terhadap pasangan anda yang tidak mampu menemani anda ataupun pasangan anda tidak memberikan hadiah, itu adalah sikap yang tidak sepatutnya ada. Anda harus berhenti berkelakuan seperti ini sekiranya anda mahukan hubungan yang matang dan serius.


4. Sikap suka mengarah.

Siapa sangka sikap suka mengarah juga merupakan sikap yang kelihatan keanak-anakkan. Hal ini kerana, sikap ini adalah salah satu cara untuk seseorang cuba memonopoli hubungan tersebut. Di mana ia ingin menunjukkan bahawa dirinya lebih penting dalam hubungan tersebut. Kelakuan seperti ini akan membuatkan pasangan anda lebih berasa rimas. Jadi ada cuba untuk kawal kelakuan ini agar tidak terlalu over apabila mengarahnya.

5. Melarang pasangan.

Sikap cuba untuk mengawal hubungan denagn cuba melarang pasangan melakukan perkara yang disukai adalah satu tindakkan keanak-anakkan. Mana tidaknya, anda sebagai pasangan seharusnya menjadi penyokong terbaiknya, bukanya seseorang yang melarang melakukan apa pasangan anda suka.

Jika anda mempunyai sifat seperti ini, maka anda haruslah cuba untuk kawalnya. Hal ini kerana, sikap ini penting untuk situasi-situasi tertentu tetapi jika sudah berlebihan ia akan membawa keburukan kepada hubungan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen