Jangan Sesekali Ungkapkan Kata-Kata Ini “Lebih Baik Dapat Suami Kaki Game, Dari Kaki Perempuan…” Kerana…. Jom Ikuti Kisah Ini.

Kesal apabila terbaca perkongsian-perkongsian isteri yang menulis pelbagai kesan buruk apabila suami terlalu obses dengan online games hingga mengabaikan amanah pada anak isteri.

Kerana gajet (smartphone/games), ramai isteri 'menjanda' tanpa diceraikan, ramai anak-anak kecil di'yatim'kan walau bapa masih hidup.



Kesannya, kebanyakan ibu terpaksa memberi smartphone kepada anak sejak awal usia untuk 'memdiamkan' anak-anak agar boleh fokus hal memasak, membasuh, urus rumahtangga. Sebabnya, apabila minta si bapa menjaga dan melayan anak, langsung buat tidak endah melainkan hanya fokus pada games.

Ramai juga ibu yang pukul, cubit, tengking anak kerana lepaskan stress, marah, penat, geram akibat tidak puas hati perbuatan suami.

Dari satu kesilapan menjurus kepada kesilapan-kesilapan seterusnya. Pengakhirannya yang menjadi mangsa paling dahsyat ialah, ANAK-ANAK.

Urusan mendidik anak-anak memerlukan kerjasama kedua belah pihak suami dan isteri. Apabila salah seorang berlepas diri, pasti akan memberi kesan kepada tumbesaran emosi, rohani dan akhlak anak-anak.

Buat para lelaki, kena sedar semua tanggungjawab pada anak isteri.

Muhasabahlah, apa prioriti dan amanah utama dalam hidup sebagai lelaki yang bergelar suami/bapa.

Sekadar hobi tak salah, namun apabila telah menjurus kepada obsesi yang menjadi penghalang kalian daripada menjadi suami dan bapa yang amanah, sabar dan bertanggungjawab, maka, buatlah timbal balik.

Muhasabah semula apa niat dan azam semasa akad nikah dahulu. Nak bawa keluarga syurga atau neraka, kejayaan atau kegagalan, kestabilan atau kacau bilau.



Buat isteri yang diuji,

Doa, nasihat dan beri motivasi kepada suami. Beri dateline untuk dia tunjukkan kesungguhan untuk berubah. Jika tetap tiada tanda positif, face the reality. You absolutely know what to do. Kena istiqomah minta petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk berdepan dengan ujian dan kemungkinan masa depan.

Ingatlah wahai ibu, jangan rosakkan anak-anak. Jangan lepaskan sakit, marah kita kepada anak-anak sedangkan ia berpunca dari silap suami.

Suami jika dia abai tanggungjawab, dia kena jawab dengan Allah. Tapi kita sebagai ibu, jangan sesekali jadikan anak-anak sebagai korban. Kesian anak-anak yang tidak berdosa.

They deserve better. You too.

InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dan dibukakan jalan penyelesaian. Amiin.

Buat para wanita yang belum berkahwin,

Jadikanlah kisah-kisah masyarakat seperti ini sebagai teladan, kenal pasti akhlak bakal suami dengan sebaiknya. Bukan mudah mengubah tabiat buruk, ada kemungkinan sampai mati pun tak mampu diubah, jika tanpa kesungguhan.

Perkahwinan yang sakinah mawaddah dan rahmah itu bukanlah magik melainkan tentang kerja keras.

Akhir sekali,

Isteri yang tidak diuji ujian sebegini atas belas kasihan Allah, bersyukurlah sebanyaknya.

Sesungguhnya hidup di dunia adalah ujian. Kita bukan lagi dalam syurga. Semoga Allah ampunkan segala kelalaian kita.

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah. Jzkk zauji.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen