5 Kesalahan Lelaki Dalam Hubungan Yang Tidak Harus Dilakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika wanita lebih kepada terlalu manja dan bergantung harap pada pasangannya, berlainan pula pada orang lelaki ini. Mereka sudah tentu lah tidak terlalu manja atau bergantung harap pada pasangan. Jika mereka berkelakuan seperti itu sudah pasti akan dianggap sebagai lelaki yang tidak macho dan gagah. Tetapi apa kesalahan yang kerap kali dilakukan oleh orang lelaki di dalam hubungan? Mari ketahuinya.



1. Menipu pasangan.

Biasanya lelaki ini akan mudah menipu pasangannya. Hal ini kerana, wanita kurang gemar pasangannya itu menghabiskan masa bersama rakan-rakan denagn melepak ataupun bermain game. Namun begitu, seorang lelaki tidak harus menipu. Walaupun kenyataan itu akan mengecewakan pasangan tetapi tetap sahaja anda perlu berlaku jujur demi mengelak rasa curiga pasangan.

2. Kantoi DM wanita lain di media sosial.

Bertukar password media sosial mungkin bukan satu perkara yang menyenangkan anda. tetapi apabila pasangan anda meletakkan kepercayaan kepada anda jangan pernah untuk menghancurkannya. Tidak salah untuk berbalas mesej bersama rakan-rakan wanita yang lain. Tetapi cuba untuk berlaku jujur dengan pasangan anda. Beritahu sahaja siapa yang anda mesej. Hal ini kerana, jika anda tertangkap lagi buruk padahnya.

3. Gemar membuat pasangan berasa bimbang.

Mungkin tindakan anda yang terlalu leka itu membuat pasangan anda mudah untuk berasa bimbang. Sebagai contoh, anda tidur dalam jangka masa yang lama sehingga tidak menjawab telefon bimbit ada. Itu akan membuat pasangan anda mudah berasa cemas serat membuat dirinya berfikir tentang perkara yang negatif.


4. Melarang pasangan.

Bukan wanita sahaja yang mempunyai sifat suka mengongkong, lelaki juga sama sahaja. Jangan terlalu menyekat pergerakkan pasangan anda. Ia akan membuat dirinya berasa rimas lalu merasakan anda tidak sesuai buat dirinya. Cuba untuk memberikan dirinya sedikit ruang untuk menikmati kehidupannya sendiri.

5. Bercerita mengenai bekas kekasih atau membandingkan mereka.

Wanita terlalu sensitif jika melibatkan bekas kekasih. Jadi jangan pernah cuba untuk menyatakan sisi baik bekas kekasih anda. Cuba untuk tidak membuka cerita atau membandingkan mereka ini. Jika pasangan anda terasa sentap dengan anda pasti dirinya akan menceritakan kebaikan bekas kekasih mereka pula. Dan akhirnya pergaduhan yang berlaku. Tak bergitu?

Baik lelaki mahupun wanita perlu lah bijak mengawal diri dalam hubungan. Jangan terlalu bertindak sebarangan dan tanpa berfikir dahulu. Hal ini kerana, ia akan membawa keburukan kepada perasaan serta hubungan kalian sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen