Cara-Cara Membuat Pasangan Anda Memahami Perasaan Dengan Lebih Mudah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda meminta pasangan anda untuk menjadi seorang yang sangat memahami perasaan anda, adakah dirinya memahaminya? Adakah dirinya peka terhadap perubahan pada riak wajah anda atau hanya membiarkan apa yang anda rasakan? Kepekaan dalam hubungan ini amat penting bagi membantu mendapatkan satu hubungan yang baik. Tidak cukup dengan peka ia perlu disertakan dengan rasa empati. Tetapi bagaimana untuk membuat pasangan anda mudah memahami anda? Jom ketahuinya.



1. Luahkan.

Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan adalah meluahkan apa yang anda rasai kepada dirinya. Jangan hanya mendiamkan diri dan berharap bahawa dirinya akan tahu apa yang anda rasakan. Luahkan secara jelas apa yang anda rasakan, jangan membuat dirinya berteka teki. Hal ini kerana, dirinya itu tidak mampu membaca apa yang anda rasakan. Maka luahkan apa yang anda rasakan itu adalah satu hal yang terbaik sebenarnya.

2. Tindakan.

Jika anda tidak mampu untuk meluahkan perasaan anda, mungkin anda boleh ambil sedikit tindakan untuk membuat dirinya memahami anda. Sebagai contoh, anda boleh menulis nota kepadanya. Mana tidaknya, jika tidak mampu luahkan melalui kata-kata mungkin anda boleh luahkannya melalui tangan anda. Ia akan lebih kelihatan ingin diperhatikan sekiranya anda lakukan sebegini. Ataupun, pasangan anda akan lebih mudah faham apabila anda lakukan hal ini.


3. Tunjukkan nada merajuk.

Apabila anda tidak mampu untuk luahkan apa yang anda rasakan, maka tidak salah untuk anda buat nada merajuk, tetapi jangan yang keterlaluan. Bukan itu sahaja, jangan buat nada marah. Hal ini kerana, anda mahu menarik perhatiannya bukannya mencari pergaduhan serta menambahkan masalah anda. Jadi buat sahaja nada merajuk dengan keluarkan ayat seperti “tak apa lah kalau tak faham” maka ia akan membuatkan pasangan anda mula berfikir semula lalu terus berikan perhatian sekejap kepada anda.

Tiga perkara ini adalah perkara yang dapat membantu pasangan anda memahami perasaan dengan lebih jelas. Hal ini kerana, jika anda lakukannya dengan kekerasan untuk membuat pasangan anda memahami anda, ia hanya merumitkan keadaan. Maka tiga cara ini adalah lebih mudah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen