5 Tips 'Housewarming' Untuk Pengantin Baru.

Oleh: Rafi

Panduan ringkas dan padat serta mudah untuk pengantin baru yang merancang untuk mengadakan 'Housewarming Party'.



1. Masa.

Dalam banyak-banyak benda, ini adalah benda pertama yang anda perlu tentukan. Pastikan semua tetamu yang dijemput tahu masa mula dan masa tamat majlis anda. Tak mahulah ada yang datang awal sangat sehingga anda belum sempat bersedia ataupun ada yang datang lambat sangat sampai anda dan pasangan berasa kurang selesa.

2. Makanan.

Makan memang agenda utama majlis. Jika anda atau pasangan memang power di dapur, tak ada apa yang perlu dirisaukan sangat. Namun, jika anda masih ada sedikit ragu-ragu atau rasa seperti tidak sempat memasak, anda boleh tempah sahaja. Untuk tidak membazir, anda dan pasangan pastikan berapa tetamu yang akan hadir. 



3. Tetamu.

Hah, masa ini kerluarga dan rakan-rakan anda dan pasangan akan saling bertemu. Masa kahwin hari tu, mungkin mereka tidak sempat sangat untuk berbual dan hanya beramah mesra, bertanya khabar. Kali ini mereka akan bersantai dan meluangkan masa bersama. Anda dan pasanganlah yang akan menjadi penghubung mereka. Kalau ada yang 'awkward' sedikit itu, anda tolong 'break the ice'.

4. Rumah.

Ini mungkin kali pertama rumah anda menerima tetamu yang ramai. Rumah orang baru kahwin mungkin ada yang tak lengkap sangat lagi, tak apa. Tetamu pun faham. Hanya pastikan rumah anda kemas dan bersih pun dah cukup.



5. Aktiviti.

Ada setengah orang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kesyukuran dan majlis doa selamat untuk housewarming mereka. Ada juga yang mahu buat aktiviti santai seperti barbeku, karaoke dan sebagainya. Apapun aktiviti yang anda pilih, pastikan tetamu anda tahu tau. Nanti terpakai baju yang kurang sesuai pula. Anda sudah berjaya mengaturkan majlis perkahwinan anda, 'housewarming' ni kacang saja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen