Paduan Rahsia Untuk Membuat Percintaan Semakin Kuat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang ingin rasa dicintai dan mencintai, bukan hanya itu sahaja, tetapi juga inginkan satu percintaan itu berakhir di atas jinjang pelamin. Baru lah ia dikatakan satu bukti ikatan cinta yang kuat. Ketika bercinta sahaja sudah banyak dugaan, itu belum lagi masa bertunang dan berkahwin nanti. Jadi bagaimana untuk memastikan hubungan itu kuat dan erat?

Bagi mereka yang sedang bercinta ini, sudah pasti anda perlu mempunyai hubungan yang kuat bermula dari awal. Baru lah ia menjadi kebiasaan sehingga ke  alam perkahwinan. Buat yang bercinta selepas berkahwin mungkin anda boleh cuba pada saat di awal perkahwinan nanti. Nak tahu rahsianya? Jom ikutinya.



1. Pastikan anda tidak pernah hilang minat antara satu sama lain.

Perkara yang paling utama untuk membuat satu hubungan percintaan bertambah kuat adalah dengan melalui mengekalkan minat yang ada antara satu sama lain. Pastikan perasaan minat anda terhadap dirinya tidak penah hilang. Begitu juga dengan anda mengekalkan apa yang dirinya minat terhadap anda. Ini bermaksud jangan pernah berubah ye. Cuba untuk kekalkan kelakuan serta sikap yang sama sejak awal perkenalan hingga ke alam perkahwinan. Tetapi jika pasangan anda menyukai anda kerana rupa paras, ia pasti satu hal yang sukar.

2. Pastikan sentiasa ada harapan untuk masa depan yang bahagia.

Dalam hubungan pasti ada harapan dan tujuan. Maka dengan itu, anda seharusnya perlu pastikan bahawa pasangan serta diri anda percaya bahawa hubungan yang terjalin itu akan memberikan satu kebahagiaan pada anda ketika ini dan masa hadapan. Hal ini kerana, semua orang yang bercinta dan berkahwin ini ingin bahagia bukan? Jadi pastikan kalian percaya bahawa kalian bahagia baru lah ia tidak mudah berubah hati.

3. Jangan pernah cuba untuk menipu pasangan.

Untuk satu perhubungan yang kuat jangan penah cuba untuk menipu pasangan. Hal ini kerana, apabila anda menipu pasangan anda sekali, ia akan menjadi tabiat di mana ia akan berlaku berulang kali. Dan apabila ia berlaku, kepercayaan terhadap pasangan juga turut berkurangan. Maka hilang rasa untuk mempertahankan hubungan kerana masing-masing rasa tiada masa depan yang bahagia untuk perhubungan yang dibina ini. Jadi jangan pernah cuba menipu walaupun mengenai hal yang kecil.


4. Hormati masa peribadi masing-masing.

Anda perlu tahu bahawa pasangan anda itu mempunyai ahli keluarga serta rakan-rakan, maka dengan itu cuba untuk memberikan mereka masa untuk lakukan apa yang mereka inginkan. Jangan terlalu menyekat pasangan anda, ia akan membuatkan pasangan anda berasa rimas hingga ingin menjauhkan diri dari anda. Jadi berikan dirinya waktu untuk dirinya sendiri. Jika mengadap anda sahaja sudah tentu akan jemu nanti.

Dalam membina percintaan yang kuat ini, ia perlukan empat perkara ini. Mungkin ia kelihatan begitu mudah untuk dilakukan, tetapi pasti akan ada yang terlalai untuk melakukan empat perkara ini. Selamat mencuba!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen