Nak Pilih Pasangan Hidup Bukan Main-main. Yang Masih Belum, Sila Beri Perhatian!

Oleh: Rafi

Siapa pasangan hidup anda akan memberi impak yang besar kepada hidup anda. Memang tak ada orang yang sempurna, tapi ada orang yang lebih baik dari yang lain. Dan lebih baik sendiri daripada kahwin dengan seseorang yang hanya akan menyusahkan hidup anda. Hidup sendiri pun satu rahmat kerana perkahwin dengan orang yang salah boleh jadi satu mimpi ngeri. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu buat pilihan yang betul;



1. Ia akan memberi kesan kepada agama anda.

Kalau si dia seseorang yang tak pentingkan agama, hentikan hubungan anda sekarang. Mungkin dia kata dia boleh berubah tapi kalau dia tak pernah usaha untuk mencari Tuhan, jangan bazirkan masa anda. Hubungan ini hanya akan menggugat iman anda, mengganggu ibadah anda, dan buat anda lupa pada teman-teman yang baik.

2. Ia akan memberi kesan kepada emosi anda.

Adakah si dia akan memberi sokongan pada anda, sayangkan anda, layan anda dengan baik, cuba fahami anda, atau lebih nak melepak dengan kawan-kawan walaupun anda sedang susah? Adakah dia akan dengar luahan hati anda atau dia lebih minat dengan permainan video? Adakah dia akan rasa rimas atau pinjamkan bahunya bila anda menangis? Mungkin nampak tak penting sekarang, tapi bila anda sedang belajar menyusukan anak dan perlukan pertolongan, anda akan perlukan pasangan hidup yang sama-sama berada di sisi anda.



3. Ia akan memberi kesan kepada keadaan fizikal anda.

Isteri yang baik kena memahami kemampuan suaminya. Tapi suami pun perlu sediakan keperluan asas untuk seorang isteri. Selepas kahwin, mampukah si suami sediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan untuk isterinya? Tak perlu hidup yang mewah, tapi cukuplah suami yang tahu kepentingan tanggungjawabnya. Sebagai isteri, anda pun boleh bantu suami tapi anda tak patut tanggung beban ini seorang diri. Mungkin sekarang anda rasa cinta memang perlukan pengorbanan tapi macam mana bila usia perkahwinan dah menjejak 5, 10 tahun tapi si dia masih lagi di takuk yang sama?

4. Ia akan memberi kesan kepada fikiran anda.

Adakah si dia akan melegakan kerisauan anda atau menjadi sumber kerisauan anda? Adakah dia akan sokong anda untuksentiasa majukan diri atau akan memperkecilkan kebolehan anda? Adakah dia akan hargai pendapat anda atau abaikan saja kata-kata anda? Suami isteri sepatutnya saling menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain, bukan letakkan anda di tepi supaya dia boleh rasa lebih besar dari anda.



5. Ia akan memberi kesan kepada hubungan sosial anda.

Walau macam mana pun hubungan anda dengan ibu bapa anda, ada mesti sayangkan mereka kan? Jadi akan perlukan pasangan yang sama-sama sayangkan ibu bapa anda. Kalau sebelum kahwin dia tak suka, perasaan itu takkan berubah selepas kahwin. Malah selallunya ia akan bertambah buruk kerana anda perlu bahagikan masa antara pasangan dan keluarga serta keluarga mertua anda. Memang suami patut jadi keutamaan seorang isteri, tapi ibu bapa tetap penting dalam hidup anda. Mereka yang besarkan anda dan selama ini dah bersusah payah untuk anda. Bila anda berkahwin, hubungan anda dengan ibu bapa mungkin jadi lebih baik atau lebih buruk, bergantung kepada penerimaan pasangan anda. Jangan korbankan hubungan anda dengan ibu bapa, saudara mara atau kawan-kawan untuk seseorang yang tak tahu nak hargai anda. Jadi pilih dengan sebaiknya! Jadi pasangan anda jenis yang macam mana?

Jangan terlalu terdesak untuk kahwin sampai anda sanggup berkahwin dengan seseorang yang menjadikan anda murung. Jangan letakkan diri anda dalam situasi tersebut. Seorang suami sepatutnya boleh membimbing dan melindungi anda, bukan menyusahkan hidup anda dengan kemahuan dan tindakannya yang bukan-bukan. Jadi jangan kahwin dengan seseorang yang tak boleh pimpin anda dengan baik. Jangan kahwin dengan seseorang tak mencintai anda kerana Allah SWT.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen