Jom Ketahui Bahasa Gerak Badan Lelaki Apabila Dia Menyayangi Pasangannya Melalui 5 Situasi Ini.

Wanita sering dikaitkan dengan bahasa kiasannya sehingga membuat lelaki pening kepala untuk memikirkan maksud tersirat. Lelaki juga mempunyai bahasa tersirat, tetapi melalui pergerakan tubuh badannya. Seperti yang kita tahu lelaki hanya meluahkan perasaan sayang dan cintanya pada pasangan melalui perbuatan iaitu gerak geri tubuh badan.

Jadi, jom ketahui gerak geri tubuh badan lelaki melalui 5 situasi ini dimana dia menyayangi pasangannya, tanpa wanita itu sedar…

Situasi 1: Makan tengah hari atau makan malam yang dimasak oleh isteri.

Bagi wanita yang telah berkahwin pasti setiap hari tertanya-tanya adakah masakannya yang dimasak sedap dijamah oleh suaminya? Jika lelaki itu makan masakan anda tanpa berbicara, sambil berpeluh-peluh kemudian berselera tambah nasi dan lauk, itu tandanya masakan anda sedap dan suami amat menyayangi anda sebenarnya.



Jika lelaki meminta anda masak dan jarang makan di luar, itu juga tanda si dia amat gemar dengan masakan anda. Dan melalui masakan anda lah, si suami ini menyayangi anda tanpa meluahkan kata cinta.

Situasi 2: Sering mengadap dan berceritakan tentang kereta.

Wanita sebenarnya agak rimas apabila lelaki sering menceritakan isu yang mereka kurang gemar. Kereta? Kenapa mesti kongsi bersama teman wanita atau isteri ya? In kerana lelaki ini mahu mempersiapkan kereta untuk pasangannya juga. Lelaki ini mahu tahu kereta bagaimana yang pasangannya suka, warna yang macam mana, kekemasan kereta tersebut, malah deco yang bagaimana buat anda selesa.

Lelaki ini akan memastikan kereta bersih, minyak penuh serta memeriksa keadaan kereta dalam keadaan selamat supaya isteri yang mengguna kelak tidak akan timbul macam-macam masalah. Ini kerana mereka tahu wanita mana ambil tahu sangat tentang kereta, semuanya pasti bergantung pada lelaki sahaja pada masa hadapan.

Situasi 3: Si isteri jarang melihat lelaki menolong mengemas rumah tetapi….

Hal-hal mengemas rumah memang sinonim dengan wanita contohnya seperti membasuh baju, melipat baju, membasuh pinggan, vakum rumah dan seumpama dengannya. Tetapi wanita yang jarang melihat lelaki menolong kemas rumah, anda tahu tak sebenarnya suami anda menolong dari segi apa?



Memperbaiki sinki di dapur atau bilik mandi, lampu, pintu, service aircond, mencari paip getah jika diperlukan, mengemas stor yang terlalu banyak barang-barang anda yang tidak digunakan dan seumpama dengannya. Pasti seorang isteri akan melihat “Eh…dah elok lampu tu..”

Situasi 4: Cuba meluahkan perasaan tentang masalah di tempat kerja.

Lelaki jarang menceritakan masalah di tempat kerja pada sesiapa. Jika seorang lelaki itu mula menceritakan masalahnya pada seorang wanita, itu tandanya lelaki tersebut amat mempercayai dan menyayangi wanita itu. Pada pasangan yang telah berkahwin, jika suami anda mula merengek tentang masalah ditempat kerja, jangan lah anda juga turut merengek, dengar sahaja luahan hati mereka.

Situasi 5: Melihat anda seperti tidak berkelip matanya.

Akhir sekali jika suami atau teman lelaki anda melihat anda tanpa mengelipkan matanya, dan ungkap “Cantik…” percayalah itu memang datang dari hatinya yang tulus kerana kebiasaannya lelaki jarang memuji wanita. Kecuali wanita itu yang mereka sayangi dan cintai.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen