Bagaimana Cara Menolak Seseorang Dengan Cara Yang Berhemah?

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila seseorang menyatakan bahawa dirinya menyukai anda, apa yang anda lakukan? Adakah terus menerimanya walaupun anda tidak mempunyai hati terhadapnya? Atau anda akan menolaknya tanpa ragu-ragu? Seseorang yang berani meluahkan perasaan mereka ini kepada anda adalah seseorang yang sangat perlu dikagumi. Mereka ini mempunyai satu kekuatan yang tidak semua orang miliki. Oleh sebab itu, jika anda hendak mereka ini, perlu lah bersesuaian dengan caranya. Jangan buat dirinya terluka dengan cara penolakan anda itu. Bagaimana caranya? Jom baca ini.



1. Jujur dengan dia dan diri sendiri.

Jujur adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak semua orang mampu melakukannya. Hal ini kerana ia berkaitan dengan kepercayaan seseorang. Kepercayaan ini adalah satu hal yang sangat berharga. Jika anda ingin menolak seseorang, cuba untuk berlaku jujur kepadanya. Sebagai contoh memintanya masa untuk berfikir serta beritahu perasaan sebenar anda. walaupun berasa sedikit tidak selesa tetapi sekurang-kurangnya ia tidak melukakan hatinya.

2. Sediakan diri anda dengan satu jawapan yang baik.

Anda harus sediakan satu jawapan yang tidak akan menyinggung perasaannya. Jangan sesekali mengecilkan hatinya, kerana takut dirinya menyimpan dendam terhadap anda. Maka dengan itu katakan sesuatu perkara yang tidak melukakan hatinya. Anda mungkin akan berjumpa dengan seseorang yang akan terus mengejar cinta anda, maka anda harus lebih berhati-hati dengan orang seperti ini.

3. Jangan rasa bersalah.

Apabila anda ingin menolak seseorang, perasaan bersalah dalam diri anda harus anda buang. Mana tidaknya, jika anda terus menerus mempunyai perasaan bersalah, ia akan membuat anda bertukar fikiran. Jadi anda harus yakin terhadap keputusan yang telah anda lakukan. Lebih baik anda berterus terang pada ketika ia masih baru berbanding ia telah menjadi satu kebiasaan dalam diri anda.


4. Jangan memberi harapan palsu.

Anda tidak menolak dan tidak berkata terima, itu bermakna anda sedang memberinya satu harapan palsu. Adalah lebih elok jika anda menolaknya tanpa memberi sedikit harapan kepadanya. Hal ini kerana, ia akan memberi nama anda buru secara langsung membuatkan dirinya serta orang lain memandang anda dari sisi yang negatif. Adakh itu yang anda mahukan?

5. Hadapi sahaja.

Jika anda seorang yang berani dan yakin terhadap diri anda. Maka lebih elok jika anda berdepan dengan dirinya sahaja. Bukan apa lebih baik berterus terang pada ketika itu sebenarnya jika hendak dibandingkan membiarkannya terlebih dahulu.

Pastikan ayat serta penggunaan bahasa dalam menolak seseorang ini tidak akan menyakitinya. Hal ini kerana, dirinya juga mempunyai perasaan seperti anda. Walaupun anda tidak berkenan dengannya itu tidak bermakna anda boleh lakukan apa sahaja terhadapnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen