Tidak Tahu Jika Dirinya Serius Atau Tidak? Cuba Lihat Tanda-Tanda Ini, Mana Tahu Ada Pada Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada mulanya dirinya sekadar hanya mahu berkenalan rapat dengan anda sahaja, tanpa ingin melangkah ke satu arah yang serius. Namun lama kelamaan, perasaan anda mula berubah menjadi sangat sayang pada dirinya. Bahkan dia juga turut merasakan sebegitu. Tetapi anda masih lagi tidak yakin bahawa dirinya sudah mula memandang serius terhadap hubungan kalian. Maka dengan itu, cuba anda lihat tanda-tanda ini.



1. Berjumpa dengan ibu bapa.

Ini adalah tanda yang paling utama anda perlu lihat. Jika dirinya telah berani untuk berjumpa dengan ibu bapa anda itu bermakna dirinya sedang mendekatkan diri dengan keluarga anda. Bahkan ia mula menunjukkan bahawa dia serius terhadap anda. Mana tidaknya, jika ia berkaitan dengan ibu bapa pasti ia satu hal yang sangat serius.

2. Mencuba memperbaiki masalah komunikasi dalam hubungan.

Apabila dia mula serius dengan anda, dia mula mencari jalan untuk memastikan hubungan yang dibina itu berjalan dengan lancar. Untuk memiliki hubungan yang bahagia, sudah pasti lah komunikasi itu tersangat lah penting. Jadi ia mula memperbaiki komunikasi antara kalian. Bahkan dia cuba untuk mengayakan satu percakapan yang lembut untuk membuatkan anda lebih selesa untuk bercakap dengannya.

3. Mula bersifat terbuka.

Jika dahulu dia seorang yang sukar untuk berkongsi, kini anda boleh lihat bahawa dirinya lebih bersifat terbuka. Di mana ia mula memberitahu apa yang dia suka dan tidak. Dia juga turut memberitahu apa yang dia lakukan bersama rakan-rakannya pada waktu lapang kerana, dia mahu anda juga turut terdedah dengan rutin hariannya dan lebih untuk memahaminya.


4. Berbincang mengenai masa depan.

Jika anda dengannya sudah mula membincangkan masa depan, itu bermakna dia telah menyediakan jalan bagaimana keluarga yang dirinya inginkan. Itu bermakna dia sudah mula serius terhadap anda. Dia juga memberi gambaran apa yang dia ingin lakukan pada masa depan. Ini juga membuktikan bahawa dirinya telah meletakkan anda di dalam salah seorang yang penting pada masa depannya nanti.

5. Membicarakan tujuan hubungan.

Jika dahulu ia hanya memandang ringan terhadap tujuan perhubungan kalian, kali ini dia mula menyatakan mengapa dirinya menjalinkan hubungan dengan kalian. Jadi dirinya mula menunjukkan satu kesungguhan bukan?

Apabila pasangan anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti ini, ia bermakna, dia sudah bersedia untuk kea rah satu yang serius. Jadi jangan pula anda yang membuat perangai ye.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen