Siapa Sahaja Yang Tidak Mahu Berkahwin, Bukan? Tetapi Tahukah Cara Untuk Menghargai Pasangan?

Zaman sekarang kelihatan ramai yang berlumba-lumba untuk berkahwin. Tidak mahu ketinggalan untuk berkahwin kerana nanti takut digelar perempuan andartu dan tidak laku. Stigma masyarakat yang kadang-kala menakutkan pasti menjadi mimpi ngeri pada setiap insan yang masih belum berkahwin.

Oleh sebab itu, ramai sahaja ‘tangkap muat’ dan tidak tahu cara yang betul menghargai pasangan yang disebabkan banyak perceraian berlaku. Jadi, jom ketahui cara-cara menghargai pasangan dengan mudah…



1. Sentiasa memuji.

Jika sebelum berkahwin rajin memuji pasangan, mengapa setelah berkahwin anda tidak boleh lakukan pujian ini sebagai rutin? Nampak sahaja pasangan berpakaian kemas, puji sahaja mereka. Sama ada lelaki atau wanita, kedua-dua pihak ini memang amat memerlukan pujian terutamanya daripada orang mereka cintai.

Di dalam perkahwinan bukan sahaja perlu ringan tulang, mulut pun perlu ringan untuk sentiasa mengungkapkan kata-kata yang manis pada pasangan. Untuk dijadikan semangat.

2. Mengingati tarikh istimewa.

Kadang-kala wanita juga terlupa dengan tarikh penting kerana terlalu sibuk dengan kerja di pejabat. Jadi suami isteri, masing-masing haruslah tetapkan tarikh-tarikh istimewa di dalam kalendar supaya tidak mudah terlupa di kemudian hari. Ucaplah dengan kata-kata azimat supaya pasangan rasa dihargai.

3. Jangan kedekut dengan pasangan.

Janganlah pernah rasa kedekut dengan pasangan. Suami jangan takut untuk gunakan duit dengan membelikan isteri makanan setelah pulang daripada kerja. Hanya dengan perilaku kecil sebegini sudah tentu dapat menggembirakan hati isteri. Jika isteri gembira, rezeki anda juga akan sentiasa melekat. Insya Allah.



4. Mendengar kata-kata pasangan dengan penuh minat.

Khususnya pada lelaki kerana mereka ini sukar untuk mendengar luahan hati isterinya. Walaupun isu yang kecil, dengar sahaja dengan penuh minat. Hanya dengan cara itu sahaja sudah membuatkan mereka berasa gembira dan bahagia, kerana mempunyai suami yang sanggup mendengar celoteh mereka.

5. Elakkan mengguna bahasa tubuh yang seperti terpaksa.

Anda tidak suka apabila di arah oleh pasangan untuk melakukan sesuatu kerja dalam menguruskan rumah tangga. Lalu anda seperti membaling barang, menghentak meja atau kerusi, setelah membasuh pinggan anda meletakkan pinggan sehingga menyebabkan bunyi yang tidak menyenangkan dan seumpama dengannya. Jadi, elakkan lah daripada melakukan perkara sebegini.

6. Mengajak pasangan untuk solat berjemaah.

Dan yang paling penting adalah, suami atau isteri perlu mengajak pasangan untuk solat bersama. Jika isteri hanya bergantung pada suami sahaja, kadang-kala ajaklah suami anda untuk solat bersama. Mungkin si dia terlupa. Pasti dengan cara begini, saling ingat mengingati mampu membuat pasangan rasa dihargai.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen