Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Ketika ‘Darah Manis’? Adakah Ia Masih Relevan?

Dalam masyarakat melayu ada sahaja adat-adat yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini terutamanya hal-hal yang melibatkan perkahwinan. Darah manis sering dikaitkan pada mereka dalam tempoh pertunangan kerana pasangan ini mudah mendapat bahaya atau kecederaan ketika ini pada pandangan orang melayu.

Masih relevan atau tidak, jom ketahui perkara yang anda tidak boleh lakukan ketika ‘darah manis’….



1. Tidak boleh berjumpa dengan pasangan sebelum bernikah.

Bagi pandangan masyarakat melayu perkara ini dilakukan kerana untuk mengelakkan fitnah dan untuk menjaga nafsu kedua-dua pihak. Kebaikannya adalah untuk pasangan merasakan perasaan rindu dan cinta yang membuak-buak, dan perasaan itu pasti akan dapat dileraikan usainya akad nikah kelak.

2. Elakkan makanan seperti…

  • Soya: tidak elok untuk alat kelamin
  • Kepala ayam: masyarakat dahulu mempercayai jika memakan kepala ayam akan membuatkan pasangan pengantin mengantuk ketika bersanding.
  • Makanan laut: berkenaan dengan kesihatan dalaman.
  • Minuman sejuk: nanti muka kusam tiada seri.
  • Makanan sejuk: seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa kerana ia aka nada kesan yang buruk pada peranakan.

3. Jangan pakai seluar dalam yang ketat.

Perkara ini khusus untuk kaum lelaki kerana penghasilan sperma yang tidak sihat nanti.



4. Jangan tidur meniarap.

Nanti peredaran darah di dalam badan akan terganggu, jadi ketika bersanding wajah pengantin tiada seri.

5. Tidak boleh mandi malam.

Adat dan masyarakat melayu sangat sinonim perkara yang berkaitan dengan malam. Ini kerana embun malam tidak elok pada sesiapa sahaja termasuk pada pasangan yang mahu berkahwin. Bagi mereka pasangan yang darah manis tidak boleh mandi malam kerana suasana yang dingin dan sejuk yang tidak elok untuk badan dan mengundang pelbagai penyakit.

6. Jangan berembun dan keluar malam.

Orang dulu-dulu sangat khuatir jika anak dara mereka keluar hingga lewat malam kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Sudah tentu pasangan yang mahu berkahwin juga tidak elok keluar malam sama ada berdua atau keseorangan, bukan?

Jika mahu pergi kemana-mana minta izin daripada orang tua, atau minta tolong pada sesiapa sahaja untuk temankan anda dengan pasangan berjumpa. Mudah. Jangan merumitkan keadaan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen