5 Cara Mudah Menarik Perhatian Si Gadis Yang Anda Sukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memikat seorang wanita ini dikatakan agar sukar. Hal ini kerana, wanita selalu akan tertarik mengikut cita rasa mereka. Namun begitu jangan terlalu mudah untuk anda berputus asa. Selagi anda tidak mengeluarkan satu usaha, jangan sesekali menyerah kalah. Mana tahu dengan sedikit usaha yang mampu menarik perhatian dirinya membuatkan si dia menyukai anda. Siapa tahu bukan.



1. Mudah untuk membuat dirinya ketawa.

Perkara yang paling disukai wanita adalah lelaki yang menghiburkan dirinya. Jadi letakkan sedikit bahan jenaka dalam perbualan anda. Ini adalah perkara yang paling mudah untuk menarik perhatian wanita, dengan melalui gelak tawanya. Mereka ini pasti akan beranggapan bahawa anda ini akan menyenangkan dirinya.

2. Menjaga batas-batas pergaulan.

Wanita sukakan lelaki yang mempunyai ilmu agama. Mereka ini biasanya melihat melalui bagaimana anda bergaul dengan dirinya serta wanita lain. Jika terdapat sentuhan yang tidak menyenangkan dirinya maka dia pasti akan menolak anda. Bukan itu sahaja, kata-kata yang keluar dari mulut anda juga memainkan peranannya juga.

3. Jangan membuat diri anda terlalu mudah untuk dipikat.

Walaupun anda kelihatan begitu mesra dengan dirinya tetapi anda perlu meletakkan sedikit kesukaran padanya. Tidak salah untuk jual mahal sedikit untuk melihat adakah dia benar-benar suka pada anda atau hanya ingin jalinkan hubungan sebagai rakan sahaja.


4. Sentiasa ada untuknya.

Jika anda hanya sebagai kenalan ataupun rakan buat dirinya, tidak salah sekiranya anda membuat dia terasa kewujudan anda. Tunjukkan sifat keprihatinan anda kepada dirinya. Baru lah ia akan mula lihat anda dari satu sisi yang lain. Anda perlu tahu, wanita ini sukakan sikap keprihatinan seorang lelaki.

5. Tunjukkan sifat mesra.

Tidak semua wanita sukakan lelaki yang bersifat dingin. Ramai wanita akan lebih tertarik dengan lelaki yang bersifat mesra, tidak kira lah mesra terhadap haiwan, kanak-kanak ataupun orang tua. Hal ini kerana, sifat mesra ini lebih membuat wanita berasa selesa dengan anda tanpa rasa sedikit kekok. Bahkan ia juga mudah mencairkan hati wanita.

Tidak susah pun untuk menarik perhatian si wanita ini, cuma anda perlu tahu cara yang betul. Mungkin ia akan mengambil sedikit masa, tetapi usaha seperti ini akan berhasil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen