Lakukan 4 Hal Ini Agar Pasangan Anda Ikuti Kemahuan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita ini mempunyai pelbagai keinginan yang dirinya mahukan. Dan setiap keinginan itu dirinya mahu pasangannya mengerti. Tetapi bagaimana dengan pasangan yang tidak mahu melayani kerenah anda? Sudah pasti anda akan rasa sakit hati bukan? Jadi mari cuba lakukan empat perkara ini dahulu untuk memikat hati mereka terlebih dahulu.



1. Hilangkan kelakuan yang buruk.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghilangkan kelakuan buruk anda. Tapi satu hal yang perlu diingatkan adalah anda harus tetap menjadi diri sendiri tetapi berusahalah untuk mempunyai peribadi yang jauh lebih baik dengan menghilangkan semua kebiasaan buruk. Ini akan membuat pasangan anda lebih sayang dan tidak keberatan untuk mematuhi semua hasrat anda.

2. Jangan mengungkit kesilapan suami.

Siapa yang suka jika kesalahannya di masa lalu diungkit lagi? Rasanya setiap orang tak suka jika kesalahan yang dilakukan di masa lalu dicakap semula. Begitu juga dengan lelaki. Mereka tak akan senang jika kesalahan yang pernah dilakukan di masa lalu kembali dibincangkan. Ini hanya akan menyebabkan pergaduhan. Ini adalah kunci penting untuk menjadikan pasangan lebih baik dan mematuhi kehendak anda.


3. Berikan hadiah.

Berikan hadiah untuk pasangan. Sama ada ia memasak hidangan khas kegemarannya, pujian atau perkara lain yang membuatnya bahagia. Ini jelas akan membuat pasangan anda lebih sayang dan tidak keberatan mematuhi kehendak anda.

4. Percaya pada pasangan.

Seorang lelaki akan lebih menyayangi pasangannya apabila dia tahu bahawa kekasih hatinya itu sangat percaya pada diri. Jadi sebagai pasangannya, anda harus sentiasa berhati-hati dengan keraguan diri anda. Jangan selalu buruk sangka kepada pasangan anda. Hal ini hanya akan membuat pasangan anda malas melayani kerenah anda.

Tidak susah pun nak buat pasangan anda itu ikut segala kemahuan anda. Tetapi anda perlu tahu, sebelum keinginan anda dituruti, anda perlu ikuti segala kemahuan dirinya dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen