Wanita, Cari 5 Ciri Lelaki Seperti Ini Untuk Elakkan Diri Dilukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada yang mengatakan ketika mencari pasangan perlu mengutamakan keperibadian fizikal terlebih dahulu. Keperibadian fizikal itu sememangnya penting tetapi keperibadian dalaman seseorang akan menentukan hubungan anda jalinkan itu akan membuat anda gembira atau berakhir dengan hati yang patah. Jika anda takut untuk terluka, berikut adalah beberapa keperibadian seorang lelaki yang tidak akan membuat anda patah hati.



1. Empati.

Pilih pasangan yang mempunyai empati yang tinggi. Empati dalam erti kata, dia akan mempertimbangkan apa yang dilakukannya. Lelaki ini akan memikirkan kesannya kepada pasangannya. Jadi semua perkara yang akan dilakukan atau keputusan yang diambil akan dilakukan dengan lebih berhati-hati. Tidak hanya mementingkan diri.

2. Berkomunikasi.

Pilih pasangan yang anda boleh berkomunikasi dengan baik kepada anda. Setiap hubungan jelas akan menimbulkan emosi jika kamu dan pasangan tak boleh mengekspresikan komunikasi dengan cara yang konstruktif, yang terjadi selanjutnya hanya salah faham. Jadi untuk elakkan perkara seperti ini berlaku, komunikasi yang jelas amat diperlukan.

3. Sabar.

Ini adalah sikap yang paling penting. Seorang pasangan yang bersabar pasti dapat mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi. Jika dia mencari satu hubungan jangka panjang, maka dia berusaha untuk mengekalkan hubungan yang mantap. Jadi kesabaran yang dimiliki itu pasti sangat kuat dan tidak mudah mengalah.


4. Realistik.

Lelaki ini pasti akan menyedari segala perkara yang biasanya berlaku dalam hubungan. Dia juga akan berusaha dari kedua-dua pihak untuk menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi masa-masa sukar. Jadi dia akan lebih memikirkan kesan dan akibatnya.

5. Kesedaran diri.

Nah, lelaki ini tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk hubungan. Dia akan menurunkan ego dan mengenali kelemahan di dalamnya. Apabila berhadapan dengan masalah, dia tidak akan menyalahkan pasangan itu kerana meninggalkannya. Malah ia akan mencari jalan penyelesaian yang baik dan tidak melukakan kedua pihak.

Lima perkara ini perlu ada dalam hati seorang pasangan yang anda cari. Hal ini kerana, lima sikap ini menunjukkan bahawa dirinya tidak hanya mementingkan dirinya sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen