Siasat Kewangan Pasangan Sebelum Kahwin Bukan Bermakna Anda Mata Duitan. Setuju?

Oleh: Rafi

Tak dapat dinafikan, kos perkahwinan yang tinggi adalah antara faktor yang menghalang anak muda untuk berkahwin. Ramai yang memilih untuk menguatkan kedudukan kewangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Walaupun begini, masih ramai pasangan muda yang bercerai awal atas sebab kewangan. Kenapa? Sebelum kahwin, kita selalunya hanya tanya tentang soalan yang biasa - Apa tanggungjawab suami isteri? Siapa akan buat kerja rumah? Adakah isteri akan bekerja? Bagaimana anda akan membesarkan anak-anak nanti?



Tapi kalau difikirkan, macam mana dua orang yang sudah terbiasa ada sumber pendapatan masing-masing akan menyesuaikan diri dari dua sumber pendapatan kepada satu sahaja? Macam mana mereka akan cukupkan duit untuk pindah rumah, bina hidup baru, dan bayar segala keperluan diri dan anak-anak dengan sumber pendapatan yang ada sekarang? Tak kira betapa kuat rasa cinta dan sayang yang anda rasakan untuk pasangan anda, duit adalah satu isu yang boleh memecah belahkan apa jua pertalian. Kaji kedudukan kewangan pasangan anda sebelum berkahwin. Ia juga akan memberi anda sedikit sebanyak gambaran tentang masa depan anda dan personaliti si dia. Nah kami senaraikan beberapa soalan yang wajib anda tanyakan;



1. Berapa banyak hutang yang dia ada?

Soalan paling penting untuk anda tanyakan! Campurkan semua hutang kad kredit, pinjaman pelajaran, hutang kereta, hutang pinjam duit kawan semasa baiki telefon, dan sebagainya. Kalau anda ada beli laptop dengan bayaran insuran selama 6 bulan, kira sekali. Masukkan semua hutang anda. Bila berkahwin, anda akan kongsi segala-galanya, termasuk hutang. Ia akan memberi kesan pada hidup anda berdua nanti. Bukannya anda tak boleh berkahwin dengan orang yang ada hutang, tapi anda berdua mesti jujur tentang hutang anda supaya pasangan anda tak rasa tertipu dan anda berdua boleh bersedia untuk membayar hutang-hutang tersebut bersama. Anda juga perlu tahu bahawa anda berdua sama-sama ambil berat tentang semua hutang yang ada.

2. Bagaimana tabiat berbelanja anda?

Tak susah untuk tanya soalan ini. Apa benda-benda yang anda suka beli? Setakat mana anda berjimat? Adakah anda pentingkan harga semasa membeli belah? Kalau anda suka beli kasut atau gajet, pastikan pasangan anda tahu tentang ini. Anda perlu tahu tentang tabiat masing-masing supaya anda dapat sesuaikan diri dan tolak ansur dengan satu sama lain. Letakkan had sampai mana anda masing-masing boleh berbelanja tanpa berbincang dulu. Contohnya, mungkin anda tak perlu berbincang bila mahu membeli cermin berharga RM30, tapi bagaimana pula dengan barang berharga RM100 atau RM300? Apa-apa pun, bincang sebelum masalah timbul, supaya anda tak terkejut nanti. Pastikan suami isteri sama-sama faham kepentingan masing-masing dalam membuat keputusan yang mengakibatkan wang.



3. Apa matlamat kewangan anda?

Apa harapan, impian, atau kerisauan anda? Jawapan kepada soalan ini akan bantu akan berkomunikasi dengan lebih baik. Adakah anda mahu tunaikan haji dalam masa 10 tahun? Mahu tukar kereta setiap 7 tahun? Mungkin anda ada adik-adik yang perlukan bantuan untuk tanggung kos pelajaran? Berapa orang anak yang anda mahu ada dalam masa 5 tahun? Anda akan bersalin di hospital kerajaan atau swasta? Berapa kosnya dan bagaimana anda mahu kumpul wang tersebut? Adakah mereka akan belajar di sekolah kerajaan aaupun swasta? Berapa simpanan yang anda mahu anda semasa umur mencecah 35 tahun? Adakah anda akan berkerja hingga pencen atau anda mahu sambung semula pelajaran anda nanti? Semua perkara-perkara ini perlukan perancangan. Anda dan pasangan mesti sama-sama faham impak setiap keputusan terhadap kehidupan anda. Kalau anda tak fokus, ia mungkin akan jejaskan pelan jangka masa panjang anda. Bila dah berkongsi, anda boleh sama-sama buat pelan perancangan kewangan untuk keluarga yang bakal anda bina. Bincang bagaimana anda akan kumpul wang untuk capai cita-cita anda. Mungkin ada perkara yang anda perlu korbankan supaya si dia akan dapat apa yang dia mahukan. Tapi sebenarnya pengorbanan sebeginilah yang romantis!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen