10 Perkara Yang Wanita Sering Angankan Dari Lelaki Setelah Berkahwin, Tetapi Adakah Ia Akan Tercapai?

Setiap wanita pasti akan mempunyai impian perkahwinan sehinggalah ke alam berumah tangga. Mereka juga sering berangan lelaki yang bagaimana dapat menjadi suaminya kelak, dan layanan suaminya tersebut. Kelihatan seperti keanak-anakkan, bukan?

Cuba lihat seperti berikut adakah sukar untuk lelaki lakukannya?

1. Memuatnaik gambarnya di sosial media anda.

Semua wanita mengharapkan suaminya seperti menyanjung mereka di sosial media. “Tanpa awak, hidup saya tidak berseri…”

2. Memuatnaik gambar ‘candid’ di Instagram.

Ada juga wanita yang mahukan gambarnya diambil secara candid oleh suaminya dan terus memuat naik di Instagram. Jika cantik gambar tersebut, mereka rasa dihargai. Tetapi jika gambar tersebut buruk, akan menjadi bahan lawak kawan-kawan suaminya pula.



3. Whatsapp mereka walaupun berada di rumah.

“Cantiknya awak hari ni…”

“Sayang ni, dalam rumah pun nak whatsapp ke…”

Dengan cara begini juga mampu membuat mereka tersenyum sebenarnya.

4. Selimutkan mereka.

Seperti dalam drama, apabila terlihat sekujur tubuh badan kesejukan apa yang mereka harapkan sang suami selimutkan mereka dengan selimut yang tebal.

5. Menyediakan breakfast.

Apabila belum memiliki anak lagi sudah tentu impian seorang isteri mahukan suaminya menyediakan breakfast setiap pagi.

6. Bermain dengan rambut mereka.

Semasa menonton televisyen, wanita mengharapkan belaian daripada suami mereka walaupun dengan hanya bermain rambut sahaja. Jika tahu untuk mengikat rambut dan membuat tocang, itu adalah satu bonus.



7. Meletakkan bunga ros di atas katil.

Setelah penat pulang dari pejabat atau pada bila-bila masa sahaja, terlihat bunga ros di atas katil sudah mampu membuatkan hatinya berbunga-bunga kerana suaminya sentiasa mengingati dirinya.

8. Berkongsi baju.

Ada juga wanita yang gemar berkongsi baju dengan suaminya. Mungkin sebab besar dan mudah dipakai. ‘Boyfriend shirt’ katanya.

9. Mencium dahinya ketika tidur.

Walaupun sudah lena tidur tetapi mereka mahu juga dahinya dikucup oleh suami tanpa mereka sedar.

10. Peluk mereka dari belakang.

Wanita juga selalu berangan jika suaminya dapat memeluk mereka dari belakang. Dengan cara begitu juga mereka telah rasa dihargai.

Adakah angan-angan wanita ini sukar untuk dilakukan oleh kaum lelaki? Ada sahaja wanita yang mahu diperlakukan seperti budak-budak hanya kerana inginkan perhatian sahaja. Bukankah jika isteri gembira, suami juga turut bahagia?



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen