Adakah Elok Jika Bertunang Terlalu Lama?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum berkahwin, ramai yang akan memilih untuk bertunang terlabih dahulu bagi mengikat pasangan mereka dengan cara yang lebih serius. Bahkan, ia juga telah menjadi satu adat yang telah dipupuk sejak berzaman dahulu, di mana adat ini perlu dilakukan sebelum mendirikan rumah tangga. Walaupun tempoh ini masih belum menyatakan tanggungjawab serta komitmen yang besar dalam hubungan, namun pada waktu ini dikatakan sangat mencabar. Jika tidak kuat, maka goyang lah hubungan yang dibina itu.



Jadi adakah wajar jika satu ikatan pertunangan itu mememakan satu tempoh masa yang lama?

Jika sudah tahu bahawa tempoh pertunangan itu banyak dugaan mengapa ia perlu memakan satu tempoh masa yang lama?

Bagaimana jika dalam satu tempoh itu, pasangan berjumpa orang yang lebih baik dan ingin menamatkan perhubungan yang dibina itu?

Satu tempoh pertunangan ini, boleh dikatakan sebagai persediaan sebelum melangkah perkahwinan. Di mana si wanita boleh belajar memasak manakala si lelaki mempunyai waktu yang cukup untuk menyediakan keselesaan untuk bakal isterinya nanti. Mungkin bagi sesetengah orang ia akan memerlukan masa yang agak lama untuk bersedia dalam segala hal itu.


Bukan itu sahaja, dalam tempoh ini juga, ada yang sedang mencuba mencari keserasian dalam diri mereka bersama pasangan mereka. Mereka kadang kala masih lagi was-was dengan keputusan yang mereka ambil, sebab itu mereka perlukan satu tempoh jangka masa dalam pertunangan. Hal ini kerana, mereka tidak mahu sekirnya perkahwinan yang mereka dirikan itu hanya sementara sahaja. Semua orang sudah tentu ingin pastikan bahawa pilihan yang mereka buat itu adalah pilihan yang terbaik.

Namun terdapat pendapat menyatakan bahawa tempoh pertunangan ini tidak perlu lah berlama-lama. Hal ini kerana, jika tempoh itu terlalu lama ia akan membuatkan pasangan tersebut berada satu zon yang selesa hingga menyebabkan ia berlengah-lengah dalam membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Kesimpulannya, jika tiada halangan yang mendatang, adalah lebih baik sekiranya memendekkan tempoh pertunangan tersebut. Hal ini kerana ia akan membuat pasangan tertunggu-tunggu dan bimbang kerana menunggu satu tempoh masa yang tidak pasti bila mereka akan berkahwin. Tidak kah begitu?


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen