Pentingnya ‘Pillow Talk’ Bersama Pasangan Kerana Ia Menunjukkan Hubungan Yang Sihat.

Apakah yang dimaksudkan dengan pillow talk? Pillow talk sering dikaitkan dengan wanita, kerana hanya kaum wanita sahaja yang gemar meluahkan perasaan dengan sahabat baik mereka sebelum tidur. Situasi ini sering terjadi pada mereka dikalangan yang masih bersekolah dan kadang-kala ada juga wanita dewasa yang memerlukan seseorang untuk berbual.

“Jom stay up malam ni, aku ada benda nak cerita…”

Sambil bantal dipeluk, kemudian mula lah sesi meluahkan perasaan.

Tetapi majoriti wanita yang telah berganjak ke umur dewasa dan ramai yang telah berkahwin, sesi ini tidak lagi dilakukan. Pasti masa yang berkualiti hanya dilakukan dengan suami sahaja. Namun, adakah para suami mahukan ‘pillow talk’ ini bersama isteri tercinta? Pulang sahaja daripada kerja, makan malam kemudian berdengkur.

Setiap apa yang berlaku pada wanita, lelaki harus tahu, mereka sentiasa ingin berkongsi cerita. Pada pasangan yang telah berkahwin, jadikan lah ‘pillow talk’ ini sebagai rutin harian anda sebelum tidur kerana…



HANYA DENGAN CARA INI MEREKA MELEPASKAN TEKANAN.

Dapat melegakan hatinya yang gelisah…

Dapat melapangkan mindanya daripada terlalu serabut…

Dapat meluahkan perasaannya yang terpendam…

Dan dengan cara ini juga si suami dapat mengenali isterinya yang sebenar…

Apabila suami dapat mengenali isterinya setiap hari, pasti ada sahaja perubahan pada isteri yang dapat dikesan. Dan melalui cara ini juga si suami dapat mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi si isteri. Suami yang bijak, akan berfikir secara rasional untuk mengawal emosi isterinya serta meredakan tekanan mereka melalui pelbagai kisah yang dikongsikan.

KERANA ITU PENTINGNYA PILLOW TALK.

Jika si isteri tidak meluahkan perasaan, si suami akan dapat merasakan....



“Apa yang isteri aku ni nak sebenarnya?”,

“Perhatian yang bagaimana isteri aku mahukan?”,

“Tak cukup ke dengan perhatian yang aku beri selama ini?”

Lelaki perlu tahu apabila wanita meluahkan perasaan pada sahabat baiknya kebanyakan daripada mereka seperti tidak tahu apa solusi yang patut mereka lakukan. Majoritinya “Bersabar lah…” “Bertabahlah…” “Ouh, dulu aku pun macam tu…”. Ia seperti tiada solusi dan kadang-kala ia bertambah rumit pula. Kadang-kala memang ia dapat meredakan tekanan, tetapi masalah itu hanya didengari sahaja tanpa diselesaikan. Lama-kelamaan masalah tersebut pasti akan muncul kembali.

LELAKI YANG BIJAK DAPAT MEMIMPIN PASANGAN KE ARAH HUBUNGAN YANG SIHAT.

Jadi, jika isteri anda membebel atau meluahkan perasaan seperti peluru, dengar lah dengan teliti. Kelihatan anda seperti tidak dengar bebelan mereka, tetapi akhirnya anda dapat memberi jawapan dan membantu mereka menyelesaikan masalah. Itu sahaja dapat meringankan bebanan mereka. Jadilah best friend mereka juga ketika mereka ingin meluahkan perasaan.

Situasi ini juga boleh sahaja dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin. ‘Bergayut’ atau ‘OTP’ (On The Phone) adalah kaedah yang sering dilakukan oleh pasangan muda yang bercinta. ‘Bergayut’ sebelum tidur juga dapat membantu teman wanita anda meluahkan perasaan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen