6 Kata-Kata Positif Ini Tandanya Si Dia Benar-Benar Mahu Anda Disisinya.

Kini bukan mudah untuk memiliki pasangan yang berfikiran positif. Mungkin kerana kehidupannya sekeliling, orangnya disekeliling atau tidak dididik dirinya menjadi positif. Menjadi positif pada setiap perkara bukanlah langsung tidak mempunyai perasaan negatif. Tetapi setiap negatif tersebut, pasti ada cara untuk diselesaikan.

Pasangan yang positif ini mempunyai matlamat dalam jangka masa yang panjang kerana mahukan hubungan yang bahagia hingga selamanya. Jom lihat ungkapan positif tersebut…



1. “Saya bahagia menjadi pasangan awak”

Si dia dapat menerima kekurangan dan kelebihan yang anda miliki. Si dia tahu bagaimana untuk membahagiakan anda termasuk dirinya sendiri. Jika anda bahagia, si dia juga bahagia. Bukan mahu menutup segala kekurangan semata-mata mahu bahagia. Tetapi kekurangan anda itu cuba diperbaiki menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

2. “Saya bangga melihat awak….”

Apabila si dia dapat melihat kemajuan dalam diri anda sendiri seperti mendapat pekerjaan yang diidamkan, dapat berdikari dalam menyelesaikan masalah atau matang, siapa sahaja tidak berbangga bukan? Setiap pasangan pasti mahu menumpang gembira dalam segala bidang yang anda ceburi.

3. “Saya suka tengok awak rajin mencari rezeki…”

Si dia tahu cara untuk memberi anda semangat. Si dia tidak pernah melemahkan semangat anda ketika anda benar-benar jatuh. Setiap kejatuhan anda, pasti si dia menolong anda untuk bangkit. Walaupun rezeki yang kalian dapat hanya sedikit, si dia bersyukur dan sentiasa memberi kata-kata semangat. Si dia tidak pernah merungut dan “Hmmm…sikitnya..” Jika pasangan anda mempunyai sikap seperti ini, pasti si dia memang bersyukur dengan apa yang anda ada.



4. “Saya tak jemu lihat muka awak pun…”

Walaupun wajah anda selekeh dan kadang-kala jika orang luar melihat pun seperti membuat reaksi tidak suka, pasangan anda seperti tidak jemu-jemu pula melihat anda. Ini lah tandanya jodoh.

5. “Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya…”

Ucapan terima kasih sahaja sudah membuatkan pasangan rasa dihargai. Ini kerana ramai pasangan yang gagal mengungkapkan kata-kata terima kasih kerana terlupa atau pun ego semata-mata. Jika anda mudah untuk mengungkapkan terima kasih pada orang, kenapa tidak pada pasangan anda sendiri, bukan?

6. “Saya sayang awak tau…”

Kata-kata sebegini sebenarnya menunjukkan anda atau pasangan setia antara satu sama lain. Dalam perhubungan anda berdua, tiada istilah CURANG kerana masing-masing sememangnya telah jatuh hati antara satu sama lain. Ungkapan sebegini haruslah diucapkan sebelum tidur, supaya tidurnya dalam keadaan yang tenang dan lena. Malah tiada perasaan dendam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen