Bukan Kerana Kesempurnaan Tetapi 4 Perkara Ini Punca Si Dia Begitu Mencintai Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencintai seseorang itu pasti tiada satu alasan yang kukuh yang mampu diungkapan untuk membuat anda percaya bahawa dia begitu mencintai anda. Apa yang dirinya tahu adalah dia sangat mencintai anda dan takut untuk kehilangan anda. Hal ini kerana, dirinya tahu tidak akan ada orang lain akan mengembirakan serta membahagiakan anda sepertinya. Berikut adalah sebab-sebab mengapa si dia mencintai anda.



1. Memahami dirinya.

Mencari seseorang yang memahami diri kita ini amatlah sukar. Mana tidaknya, selalunya kita akan menjumpai seseorang yang minta difahami bukan cuba memahami kita. Jadi apabila anda berjaya memahaminya dengan baik serta mengerti apa yang dirinya lakukan tanpa perlu banyak soal, ini lah yang membuat dirinya tertarik kepada anda.

2. Membuat dirinya ketawa.

Hubungan yang terlalu serius dan tegang ini tidak lah seronok. Mungkin kalian terlalu serius untuk mengecapai kebahagiaan bersama, tetapi gelak ketawa jangan dilupakan. Anda begitu pandai mengambil hatinya, serta membuatnya terhibur. Itu lah yang membuatkannya memilih untuk menjalani hidup dengan anda pada hari-hari mendatang kerana anda begitu menyenangkan dirinya.

3. Bijak mengambil hati ibu bapanya.

Seorang anak yang baik pasti sangat mementingkan kebahagiaan sereta pendapat ibu bapanya. Jadi anda berjaya memainkan satu peranan yang baik dengan bijak mengambil hati ibu bapanya untuk membuat mereka itu menyukai serta menerima kehadiran anda. Apabila ibu bapanya suka apa lagi dirinya. Pasti akan bertambah-tambah sayang kepada anda.


4. Sentiasa ada untuk dirinya.

Mencari pasangan bukan hanya ada untuk waktu gembira sahaja. Sudah tentu kita perlukan pasangan yang akan setia dikala susah dan senang. Sebab itu lah dia mencintai anda sepenuh hatinya. Hal ini kerana, anda sentiasa ada untuk dirinya tidak kira di kala waktu yang susah mahupun di waktu senang. Jika anda susah dirinya akan menghulurkan bantuan, manakala jika anda senang dia akan turut senang melihat anda.

Empat perkara ini ada dalam diri anda, itu lah yang memyebabkan dirinya begitu mencintai anda sepnuh hatinya. Jangan ingat satu kesempurnaan itu sahaja mampu memikat hati seseorang, sedangkan jika tiada empat perkara ini belum tentu dia akan mencintai anda sepenuhnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen