Apa Sebenarnya Yang Lelaki Harapkan Pada Bakal Isterinya? Adakah Sukar Untuk Dilakukan Oleh Para Wanita?

Jika wanita mempunyai angan-angan untuk memiliki bakal suami seperti yang mereka impikan, lelaki juga pasti sudah simpan angan-angan untuk peroleh bakal isteri bak bidadari. Tidak sempurna seperti bidadari, pandai ambil hati mereka sudah memadai.

Wanita mempunyai angan-angan atau fantasi yang lebih ke arah kebudak-budakan kerana memang lumrah sikap wanita yang suka dimanja. Lelaki pula mempunyai angan-angan untuk sentiasa dihormati kerana untuk pasangan tahu egonya.



Jadi, jom ketahui apa yang lelaki ini sentiasa harapkan pada bakal isteri mereka…

1. Salam dan cium tangan.

Mudah sahaja untuk menghormati dan menghargai lelaki yang bergelar suami ini. Pergi kemana-mana sahaja sentiasa salam tangan mereka. Ini menunjukkan isterinya seorang yang taat dan dapat menerima dirinya seadanya. Walaupun bergaji besar, kerja yang lebih stail, tetapi masih lagi hormat suaminya dalam segala hal.

2. Memulakan whatsapp/mesej.

Apabila berjauhan, lelaki juga mengharapkan isteri mereka memulakan untuk whatsapp atau menghantar mesej. Selalunya wanita mesti mengharapkan lelaki yang melakukan perkara ini dahulu, barulah romantik katanya. Tetapi jika ingin lebih romantik, tidak salah jika anda pula mulakan. Suami sendiri, kan?

3. Merajuk yang tidak berpanjangan.

Lelaki juga mengharapkan isterinya tidak merajuk berpanjangan kerana kadang-kala mereka buntu dengan cara bagaimana untuk memujuk isteri tercintanya itu. Jika benar anda sayang pada bakal suami, jangan lah merajuk berpanjangan, mereka juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga.



4. Jika bergaduh…

Wanita perlu tahu setiap lelaki mempunyai ego yang tersendiri. Wanita perlu pandai melihat tindakan mereka ketika bergaduh. Menjauhkan diri atau senyap sahaja. Jika si suami cuba berbaik-baik jangan lah halau mereka tidur di ruang tamu. Mungkin itu adalah usaha mereka untuk menyelesaikan masalah.

Selain daripada itu, mereka juga mengharapkan isterinya masih lagi masak seperti biasa walaupun ketika bergaduh kerana wanita kerap menjadi seperti “Ahhh…saya merajuk hari ni. Awak makan luar lah…” Bukankah masak itu adalah terapi pada diri wanita untuk menjadi kurang tertekan? Mungkin terpulang pada individu.

5. Pandai pujuk.

Selalunya jika pasangan yang bergaduh pasti lelaki yang perlu memujuk wanita dahulu. Lemparkan sahaja kata-kata manis bak madu, buat lawak jenaka sedikit pasti tercuitnya hati wanita. Tetapi bagaimana pula untuk wanita ini pandai memujuk? Baca balik point nombor 4. Mudahkan?

6. Memeluk.

Setiap wanita juga mahukan suami mereka memeluk mereka dahulu. Jadi ini lah yang lelaki harapkan setelah berkahwin. Kadang-kala mereka juga mahu tahu bagaimana usaha anda untuk menghargai mereka. Sayang ke? Cinta ke tak? Jadilah wanita yang bijak, isteri yang solehah dan ibu yang penyayang kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen