Jadilah Bakal Pengantin Yang Bijak Untuk Tidak Melakukan 7 Perkara Ini.

Kepada bakal pengantin yang terlalu teruja dan ghairah dalam proses perkahwinan ini, elakkan daripada melakukan 7 perkara seperti berikut..

1. Undangan tetamu yang tiada hadnya.

Selalunya perkara ini terjadi apabila di dalam keluarga itu, anak yang pertama mahu berkahwin. Jika pengantin hanya membiarkan ibu bapa sahaja yang menguruskan perkahwinan terutamanya dalam jemputan tetamu, sudah tentu kedua ibu bapa mahu menjemput semua yang mereka kenali.

“Macam mana nak kahwin bajet ni?” Jika anda mempunyai bajet, berbincang lah dengan kedua orang tua. Jangan sehingga mengundang tetamu yang tidak dikenali.



2. Mengambil jurugambar yang tidak professional.

Professional bukan lah mengambil jurugambar yang mahal semata-mata, tetapi anda juga boleh cari sahaja rakan yang memiliki telefon bimbit seakan-akan kamera DSLR dan mempunyai skill. Kerana setiap pengantin pasti mahukan semua memori ketika berkahwin disematkan di dalam foto. Foto yang diambil juga perlulah jelas dan tidak ‘blur’ sekurang-kurangnya.

3. Tempah kad yang terlalu banyak.

Seperti point nombor 1 juga, anda perlu tahu berapa ramai undangan tetamu anda. Jangan lah membazir membuat kad yang terlalu banyak, malah kad kahwin itu juga terlalu ‘fancy’ hanya kerana mahu menunjuk, kad kahwin siapa yang paling cantik. Jangan! Bukannya orang simpan kad kahwin anda sebagai kenangan pun. Alternatif lain, anda juga boleh hantar kad digital melalui whatsapp, facebook dan seumpama dengannya.

4. Mengadakan resepsi outdoor waktu tengahari.

Banyak risiko apabila mahu mengadakan resepsi outdoor pada tengah hari. Sama ada terlalu panas dengan terik matahari, atau hujan lebat secara tiba-tiba. Malaysia kan? Ditambah pula jika waktu ketika itu panas terik, kemudia anda pula memakai persalinan songket. Alamak! Sekurang-kurangnya buatlah di bawah khemah, tak adalah azab sangat.



5. Buat nikah dan sanding dua hari berturut-turut.

Lebih mudah jika anda bersanding pada hari yang sama dengan hari nikah atau sebaiknya jarakkan seminggu antara tarik nikah dan resepsi. Jika hari ni majlis nikah dan esok pula bersanding, itu akan membuatkan kamu penat dan runsing. Memang kelam-kabut dibuatnya!

6. Persalinan baju nikah.

Persoalannya, adakah anda akan memakai baju persalinan ini banyak kali? Tidakkan. Janganlah banyak menghabiskan wang hanya untuk baju nikah sahaja. Sewa baju nikah pun sudah memadai. Sekrang pun banyak sahaja baju nikah custome made yang simple tapi lawa.

7. Duit banyak habis pada hantaran.

Janganlah berhabis banyak duit pada hantaran dulang sahaja. Jika anda dengan pasangan mempunyai hantaran semasa tunang, jadi ketika pernikahan ini molek sahaja mas kahwin dengan wang hantaran. Simpan sahaja perasaan riak mahu menunjuk hantaran dulang pada orang ramai. Oleh kerana itu, jika anda mahu kahwin bajet, tidak usah ambil servis jurugambar yang mahal kerana mereka pasti mahu mengambil gambar hantaran dulang tersebut.

Selamat Pengantin Baru!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen