"Eiii...busuklah mulut awak ni.." 5 Perkara Kecil Ini Yang Sebenarnya Memberi Impak Besar Pada Keharmonian Rumah Tangga.

Kebersihan dan bau adalah salah satu faktor utama yang perlu dipandang apabila untuk kita mendirikan rumah tangga. Setiap pasangan sepatutnya mengambil berat perkara ini pada si dia sama ada mengutamakan kebersihan atau pun tidak. Ini kerana setelah berkahwin kita akan berkongsi rumah apatah lagi berkongsi bilik dan tandas. Maka ia sememangnya penting untuk menjaga kebersihan.



Jom ikuti perkongsian dari Saudari Haslinda Mat Isa

Dalam kehidupan berumahtangga ada beberapa perkara yang nampak kecil namun besar impak kepada keharmonian dan kemesraan hubungan suami dan isteri. Kadang tu ramai tak ambil pot pun. Antaranya adalah:

1. Bau mulut.

Sebagai isteri, pastikan rajin gosok gigi dan elakkan mulut berbau. Sebelum tidur tu jangan abaikan perkara ni. Kumur dengan listerine setiap hari. Ini benda asas yang perlu ada dalam bilik air kita selain berus gigi dan ubat gigi.

Ini paling asas. Nak tidur rapat-rapat sebelah sidia, takkan masing-masing kena tahan nafas.

2. Berwangi-wangian sebelum tidur.

Kalau ke pejabat kita pakai deodorant dan perfume bagai, ke tempat tidur pun elok amalkan perkara yang sama. Sembur sikit perfume tu selepas mandi. Salah satu sebab tidur membelakangi pasangan selain merajuk, adalah bau pasangan yang kurang enak gitu.



3. Memakai pakaian tidur yang sedap dipandang suami.

Ramai je wanita suka beli lingerie, pakai je lah. Dan ada juga lebih selesa dengan kaftan. Lebih senang dan selesa sebab tak perlu nak tutup tutup depan anak-anak. Beli kaftan cantik-cantik.Banyak je orang jual online. Suami tengok pun ayu je macam anak dara. Warna warni koleksi kaftan isteriku.

4. Kebersihan tempat tidur juga faktor penyumbang kepada keharmonian dan kemesraan suami isteri.

Walaupun rumah kita kecil, ada tu katil pun tak ada, namun boleh je nak jadikan ia cosy dan selesa. Tak perlu nak tunggu lengkap segalanya baru nak buat kamar tu kemas dan cantik. Bonuslah kalau suami kaya dan belikan kita tilam empuk bagai. Yang tak kaya pun deserve bilik tidur yang selesa.

Tengok dalam drama Korea (Korea lagi), rumah mereka kecil je. Namun kemas sahaja. Barulah rasa setiap malam adalah malam pertama.

5. Kebersihan feminin khusus untuk wanita.

Belilah pencuci yang sesuai untuk permata kita tu. Permata itu tidak pernah hilang. Maka jagalah ia sebaiknya. Pastikan tiada bau yang tidak menyenangkan. Banyak je jenama feminine hygiene yang dijual difarmasi. Tak perlu douching bagai. Cuci macam biasa je.

Kepada yang bakal berkahwin, semoga perkara ini memberi kita semua manfaat kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen