Petua Lembutkan Hati Pasangan Dengan Hanya Solat Jemaah, Mari Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ingin memiliki pasangan yang hati lembut memahami serta menenangkan ini agak sukar jika hanya seorang sahaja yang mencuba. Jadi ia perlukan usaha kedua-duanya. Maka hasilnya juga ia akan membahagiakan kedua. Mari ikuti perkongsian daripada Tuan Afnan Rosli ini.



Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tahu-tahu wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing-masing, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda-benda itu dari pasangan mereka dulu.

Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macam itu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa-apa hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama-sama berdoa ni.


The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak gaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah-curah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-masing dah busy dengan urusan masing-masing kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.

Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini takyah kerja. So, kami ada plenty of time together.

InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal.

Apa lagi? Ajak hubby solat jom.

Rasa macam mudah untuk lakukan bukan. Jadi mari amalkan bersama pasangan masing-masing dan membentuk satu keluarga yang bahagia serta harmoni.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen