Nanti Dah Jadi Isteri, Doakan Kesalahan Suami Pada Allah SWT, Bukannya Aibkan Suami Pada Orang Lain.

Dalam adab berumah tangga, sudah semestinya suami isteri tidak boleh mengaibkan diri masing-masing pada pihak ketiga yang sembarangan. Jika tidak mahu hubungan suami isteri menjadi buah mulut orang ramai, seharusnya didiklah diri untuk berbincang berdua sahaja berkenaan dengan rumah tangga. Bukannya meluahkan perasaan pada orang lain, terutamanya pada rakan yang berlainan jantina.

Dan yang penting adalah mengikut syarak. Di dalam islam juga, tanggungjawab suami isteri perlulah berlandaskan Sunnah Nabi dan firman Allah SWT. Kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah seperti berikut;



Situasi 1: Apabila suami berdepan dengan isteri.

Hendaklah mereka jangan berputus asa dalam mendidik isteri kerana memang itu adalah tanggung jawab seorang lelaki yakni seorang suami. Amanah yang telah diberi oleh Allah SWT ini hendaklah dijaga dan diajak untuk berbuat baik walaupun, kadang-kala ramai sahaja isteri mengelak untuk melakukannya.

Yang utamanya, apa yang dilakukan oleh si suami tersebut demi untuk membenarkan apa yang Allah SWT telah maksudkan iaitu, hati isteri ini adalah milik Allah. Maka Allah lah yang membolak-balikkan perasaan kaum wanita ini.

Situasi 2: Apabila isteri berdepan dengan suami.

Sudah tentu pelbagai emosi suami yang si isteri ini mahu uruskan. Jadi, apabila si suami melakukan kesalahan PERLULAH si isteri mendoakan kesalahan tersebut pada Allah SWT. Ini kerana sudah lumrah lelaki memiliki ego yang sedikit tinggi dari wanita. Lelaki juga amat keras kepala untuk mendengar kata-kata daripada seorang wanita.

Daripada menceritakan kesalahan suami pada orang lain, dan akan menjadi buah mulut orang ramai. BERDOA DAN BERHENTI MERUNGUT. Biar Allah sahaja yang melembutkan hati suami, mendidik suami kerana balasannya hanya di tangan Allah SWT sahaja sama ada baik ataupun buruk.



Yang penting, doa dan kasih sayang sebagai isteri akan terus menjadikan suami akan berubah suatu hari nanti. Jangan berputus asa.

Yang paling penting, Allah nak kita percaya....

Yang penting, Allah nak kita usaha....

Biarpun sampai hujung nyawa kita, kita kekal percaya dan yakin dengan Allah yang Maha Kuasa dan Maha Besar.

Jangan letakkan harapan itu pada manusia kerana kita akan mudah kecewa.

Usaha sahaja. Tawakal lah kepada-Nya. Mintalah pada-Nya. Berbaik sangkalah kepada-Nya.

Itulah ubat kepada jiwa kita, manusia yang banyak dosa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen