Jangan Berkahwin Demi Kepentingan Diri Sendiri Seperti 3 Perkara Ini. Semoga Kita Mengambil Iktibar.

Semakin hari semakin meningkat kes perceraian pasangan yang belum lagi mencapai 5 tahun dalam hubungan. Ada juga yang berkahwin hanya selama 3 tahun, dan kemudian bercerai kerana kepentingan diri sendiri pada diri pasangan tersebut. Ada sahaja baru berumur 24 tahun, sudah digelar janda. Bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi inilah realiti.

Pada tahun 2016 “Sebanyak 156 pasangan Islam dilaporkan bercerai setiap hari. 6 pasangan bercerai dalam tempoh sejam setiap hari. 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini adalah angka yang buatkan kita tak senang duduk” (Kosmo)

2017 pula “Sebanyak 171,252 kes penceraian melibatkan pasangan Islam direkodkan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, sekali gus menunjukkan institusi kekeluargaan kini semakin rapuh dan berdepan cabaran yang perlu diatasi segera” (Utusan)

Majoritinya perceraian ini berpunca daripada hal yang remeh sahaja, kerana pasangan yang berkahwin hanya pentingkan diri sendiri semata-mata.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERKAHWIN BERTUJUAN  UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI?

1. Berkahwin untuk keseronokan semata-mata.

Oleh kerana majoriti yang berkahwin sekarang pada usia yang muda, ramai dikalangan anak remaja ini sebenarnya tidak puas lagi hidup sebagai seorang bujang. Mereka tidak sedar komitmen setelah berkahwin adalah satu cabaran yang sangat besar dan tidak boleh diambil ringan. Diri sendiri masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan, kebanyakannya daripada mereka masih ditanggung oleh ibu bapa walaupun sudah berkahwin.

Mereka ingat, mereka masih boleh seronok untuk meminta duit daripada ibu bapa seperti hidup zaman bujang. Padahal tidak.



2. Berkahwin hanya untuk mengelakkan maksiat sahaja.

Pasangan yang berkahwin mahukan pernikahan dilakukan dengan cepat kerana takut terlanjur. Takut jika keluar berduaan selalu akan menjuruskan diri mereka untuk ‘check in’ hotel bajet. Oleh kerana kahwin hanya kerana nafsu semata-mata dan berfikiran tidak matang ketika itu, ramai di antara mereka lupa pada tanggung jawab suami isteri yang sebenar.

3. Berkahwin hanya kerana memikirkan semua kerja rumah isteri yang lakukan.

Terutamanya lelaki dengan pemikiran sebegini “Lepasni dah kahwin, ada isteri boleh tolong basuh baju, lipat baju, basuh pinggan…” tetapi hidupnya masih seperti zaman bujang. Baju dicampakkan ke lantai, masih lagi lepak dengan kawan-kawan pada waktu malam, langsung tidak menolong isteri melakukan kerja rumah.

Pemikiran lelaki yang sebegini sebenarnya mengundang tekanan pada diri seorang isteri. Seeloknya lelaki sebegini pelajari diri dahulu untuk menjadi seorang suami yang mithali. Bukan kerana sudah mampu dari segi fizikal dan batin semata-mata, terus sahaja nak berkahwin. Ilmu? Ilmu agama? Ilmu Kekeluargaan? Sudah cukup di dada?

Islam memang ada menjanjikan rezeki bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi yang memainkan peranan adalah individu itu sendiri terutamanya suami. Malah perkahwinan bukannya permainan dan experimen.  Ia adalah keputusan hidup semati antara suami dan isteri.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen