Ayah Jejak Anak Yang Hilang Melalui Laptop. ‘SEARCHING’.

Oleh:

Seorang ayah tunggal bernama David telah kehilangan anak perempuannya, Margot yang berusia 16 tahun. Kehilangan anaknya hanya diketahui oleh David setelah gagal menghubungi semula Margot selepas mendapati 3 miscall daripada Margot.

         

Berikutan ini, David melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Detektif Rosemary Vick telah diamanahkan untuk merungkai dan menyelesaikan misteri kehilangan Margot. 37 jam telah berlalu, namun masih tiada sebarang petunjuk atau berita daripada Detektif Rosemary Vick. Lantas, David terfikir suatu idea untuk cuba menjejaki anaknya melalui laptop anaknya melalui setiap penulisan dan perbualan anaknya di akaun media sosial anaknya.

Melalui ini, David menghubungi kawan-kawan Margot dan cuba merungkai setiap respon yang diberikan oleh mereka.Mampukah David menyelesaikan masalah ini dan berjayakah David menemui Margot?

        

Tajuk Filem:
Searching

Pelakon:
John Cho sebagai David, Michelle Lee sebagai Margot dan Debra Messing sebagai Rosemary Vick

Pengarah:
Aneesh Chaganty

Penulis Skrip:
Aneesh Chaganty & Sev Ohanian

Tarikh Siaran Filem:
20 September 2018 (Khamis)

Tarikh dan Waktu Tayangan Perdana Filem:
19 September 2018 (Rabu) pada 8.45 malam

Tempat:
TGV 1 Utama

Produksi:
Sony Pictures

Bilangan Tiket:
25 pasang tiket percuma untuk diagihkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen