Jom Ketahui Tanggung Jawab Seorang Isteri Dan Hak Yang Mereka Perlu Dapat Dalam Keluarga Menurut Islam.

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.

Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.



Jadi kali ini untuk memberi penjelasan pada kaum wanita tentang tanggung jawab dan hak yang mereka sepatutnya dapat dari suami...

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Menjaga kehormatan diri dan mentaati suami.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka para wanita yang baik itu yang berlaku taat dan memelihara diri ketika suami ketiadaan di rumah sebagaimana Allah memeliharanya.” (Surah al-Nisa’: 34)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seorang isteri yang bersolat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan memeliharakan kemaluan dan berlaku taat kepada suaminya pasti masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka daripada pintu-pintu syurga.” (HR. Ahmad dan Tabarani)

2. Tidak keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Mana-mana isteri yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya adalah dia dalam kemurkaan Allah SWT hinggalah dia balik ke rumah suaminya semula dan diredai suaminya.” (HR. al-Khatib)



HAK ISTERI DALAM KELUARGA

  • Mendapat nafkah zahir dan batin daripada suami yang secukupnya agar hubungan yang harmonis dapat diwujudkan dengan suasana keseimbangan dan kesederhanaan.
  • Memperoleh perlindungan, pakaian, tempat tinggal, jaminan keselamatan daripada suami agar dapat melaksanakan amanahnya dengan sebaik-baik mungkin.
  • Mendapat panduan nasihat yang baik daripada suami sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan berjiwa kasih sayang.
  • Dirahsiakan kecacatan isteri agar orang luar tiada mengetahui keaiban keluarga sendiri. Sikap memaafkan kelemahan isteri adalah perkara yang baik dalam menjamin kesejahteraan keluarga.
  • Suami wajar mengasihi keluarga isteri kerana sikap bertimbang rasa dan saling memahami antara mentua dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Selain daripada itu seorang isteri juga perlu dapat hak seperti berikut…

KOMUNIKASI YANG BAIK

Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya.

Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)



HAK BEKERJA

Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya.

Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya

  • Situasi yang mendesak wanita keluar bekerja.
  • Niat untuk mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah.
  • Setelah mendapat keizinan suami atau wali.
  • Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain yang tidak boleh diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan ank-anaknya yang merupakan kewajipan pertama dan tugas utamanya.
  • Pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syarak.
  • Menutup aurat dan memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri.
  • Mengimbangi antara tugas di rumah dan di tempat kerja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen