5 Tanda Anda Benar-Benar Telah Jatuh Cinta Pada Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagaimana rasa jatuh cinta? Pasti rasanya seperti makan tak kenyang, tidur tak lena serta mandi tak basah bukan? Bahkan, anda akan senyum bersendirian tanpa anda sedari. Seronok dan bahagia apabila jatuh cinta ini, tetapi adakah itu tanda anda sudah benar-benar jatuh cinta dengan pasangan anda? Atau itu hanya satu perkara biasa apabila memulakan perhubungan yang baru? Jadi mari kita ambil tahu jika anda benar-benar jatuh cinta dengan dirinya atau tidak.



1. Berasa selesa dan bersikap terbuka antara satu sama lain.

Pasangan yang saling jujur antara satu sama lain, berserta tiada ada sembunyikan apa-apa dari pasangan adalah satu tanda bahawa sebenarnya telah rasa selesa antara satu sama lain. Bahkan, anda berasa tidak selesa apabila sembunyikan sesuatu daripada pasangan anda kerana merasakan anda menipu dirinya menandakan bahawa dirinya itu amat penting buat diri anda.

2. Merasakan aura yang positif ketika bersama dengannya.

Ketika anda bersamanya, anda rasa begitu positif dan bersemangat. Walaupun ketika anda sedang menghadapi masalah, dirinya mampu membuat anda berasa lega dari masalah tersebut. Itu mendakan bahawa dirinya itu adalah satu penyokong semangat buat anda. Bahkan dirinya tahu bagaimana untuk menangani anda ketika anda berasa tidak senang dengan rutin anda. Sebab itu lah anda cinta akan dirinya, kerana dirinya penyokong bagi anda.

3. Tetap memilih dirinya walaupun ramai lagi yang lebih baik.

Anda mempunyai pelbagai pilihan yang lebih baik berbanding dirinya, tetapi anda merasakan bahawa dirinya itu adalah yang terbaik serta bersesuaian dengan diri anda. Hal ini kerana, anda tidak mengejar satu yang sempurna tetapi lebih kepada mengejar satu keselesaan dan kesefahaman bersama. Itu lah sebab anda memilihnya.


4. Berani mengambil risiko bersama pasangan.

Untuk membukitikan bahawa anda mencintainya? Pasti lah anda sanggup mengambil serta berhadapan dengan pelbagai risiko bersama pasangan anda. Sebagai contoh, anda sanggup menghadapai hubungan jarak jauh bersamanya ataupun anda sanggup menunggu dirinya stabil dari segi kewangan sebelum meminang diri anda. Walaupun anda tahu bahawa itu semua mempunyai dugaan yang hebat.

5. Selalu ingin cuba membuat pasangan berasa selesa dan selamat.

Kerana terlalu mencintai sudah pasti lah anda inginkan yang terbaik buat dirinya. Anda inginkan satu yang selesa buat dirinya serta ingin memberikan satu perlindungan yang paling terbaik buat dirinya. Hal ini kerana, cinta itu yang akan membuat anda ingin memperlakukan sebegitu terhadap pasangan anda.

Apabila seseorang itu jatuh cinta, ia akan membuatkan anda menjadi tidak karuan. Bahkan anda meletakkan dirinya sebagai keutamaan anda. Ya, itu lah tanda apabila anda jatuh cinta terhadap pasangan anda. Anda meletakkan dirinya sebagai keutamaan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen