Kaum Wanita, Sebelum Berkahwin Dijaga Oleh Ibu Bapa, Setelah Berkahwin Dijaga Oleh Suami. Bukannya Untuk Dikasari.

Beruntungnya menjadi kaum wanita, sebelum berkahwin dijaga oleh Ibu Bapa dan setelah berkahwin dijaga oleh suami. Ketahuilah anda martabat seorang wanita. Jangan biarkan diri dikasari dan TERLALU mendedahkan diri dimana-mana sahaja.

Jom ketahui apakah kebaikan memiliki anak perempuan ini menurut islam..

1. Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki seorang, dua atau tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

2. Daripada Aisyah RA., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)



3. Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik RA., dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631)

Wanita seharusnya perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dari kecil hinggalah mereka telah bersuami. Berikutan dengan kisah-kisah pada zaman nabi, kaum wanita diherdik, dicaci dan dihina kerana anak lelaki lebih mulia dan memberi keberkatan di dalam keluarga.

Seperti Allah SWT berfirman dalam surah An-Nahl ayat 58:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati”

Janganlah kita sebagai manusia bertindak seperti zaman jahiliyah dimana cuba mengeksploitasikan kaum wanita malah merendahkan martabatnya dan mengasari dengan fizikal.



Seperti perkongsian dari Encik Matt ini…

“Apa perasaan kita. Dari kecil anak perempuan kita dijaga dengan penuh kasih sayang,penuh perhatian,anak yang baik taat kepada kedua ibu bapa. Anak perempuan yang ceria riang orangnya. Tampar,terajang,sepak jauh sekali hatta jentik telinga pun tidak…

Tiba-tiba setelah anak perempuan ini berkahwin,didera emosi dan fizikalnya. Sehinggakan jika mahu duit perlu layan nafsu suami seperti pelacur,jika tidak memuaskan, duit akan diambil semula,tidak diberi duit belanja,setiap hari kepala ditunjal dimaki hamun….

Suami apa pun keadaan kita,bukan isteri tempat kita luahkan,bukan isteri tempat untuk kita lepaskan segala amarah kita. Mungkin isteri banyak kekurangan, degil, tidak pandai layan suami. Namun masih ingatkah saat kita lihat hari pertama perkahwinan? Mak ayah mereka penuh emosi sebak untuk melepaskan tanggungjawab amanah ini kepada kita….

Dia bukan sahaja isteri kita,bahkan dia amanah yang perlu kita jaga,yang perlu kita didik dan perlu kita lindungi. Ya Allah jadikanlah kami suami yang baik,suami yang faham untuk pikul tanggungjawab besar ini….”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen