5 Tanda Si Dia Main-Main Sahaja Dalam Hubungan.

Si dia yang tidak bersungguh-sungguh dalam hubungan malah ibarat chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Insan seperti ini tahu cara-cara untuk mengambil hati anda, membuat anda tersenyum sepanjang hari dengan kata-katanya yang berbunga, membuat hati anda melonjak gembira ketika bertemu dengannya. Tetapi, kemudian si dia terus hilang. Pelik, kan?

Mereka mahukan diri anda, tetapi tiada kesungguhan. Ini  bermakna mereka mahukan hubungan yang serius,tetapi dalam masa yang sama mahukan keseronokan. Mereka seperti tiada matlamat hidup dan tidak tahu untuk membuat keputusan.



Jadi, jom ketahui tanda-tanda si dia sebenarnya main-main dalam hubungan...

1. Selepas anda berkenalan dengan si dia dan si dia juga melayan anda dengan istimewa, tiba-tiba anda tidak dapat menghubungi mereka. Call tidak dijawab, whatsapp hanya bluetick sahaja, sms juga dibiarkan tanpa dibalas. Sekurang-kurangnya dalam seminggu anda diabaikan.

Sebenarnya:  Si dia tidak mahu menjadi terlalu rapat dengan diri anda, atau kadang-kala tidak mahu pula melukakan hati anda.

2. Apabila anda telah mengenali si dia dengan lebih lama, anda mula stalk sosial medianya kerana si dia yang jarang menghubungi anda. Ada sahaja kenalan baru yang si dia ‘add friend’, tetapi tidak pula rajin komen di ruangan gambar tersebut.

Sebenarnya: Si dia saling membalas mesej di inbox atau direct message (DM) di Instagram daripada diketahui oleh orang ramai terutamanya anda sendiri. Mungkin si dia menemui kenalan baru tersebut melalui website mencari jodoh seperti Tinder.

3. Setelah berkenalan dengan lebih lama, tiba-tiba sahaja si dia mahukan hubungan yang serius. Setiap minggu bertemu, tetapi apabila anda mengingatkan kembali memori tersebut si dia seolah-olah lupa. Malah, apabila anda berdua bergaduh, si dia akan lari daripada konflik, kemudian mencari anda kembali seperti tiada apa yang terjadi.

Sebenarnya: Si dia mahu merasakan thrill bagaimana bercinta dengan seseorang seperti anda, tetapi tidak mahu pula melibatkan emosi dan perasaan. Seperti yang anda tahu, dalam hubungan percintaan ini, emosi memainkan peranan yang banyak.



4. Anda melihat di instagram nya, kelihatan banyak gambar si dia bersama gadis-gadis muda yang si dia tidak pernah berkongsi cerita. Kadang-kala ada juga anda terlihat si dia menerima banyak mesej daripada gadis, tetapi tidak pernah dia menyebut tentang gadis-gadis tersebut.

Sebenarnya: Si dia mahu anda merasakan, anda adalah satu-satu gadis yang dia keluar bertemu janji tetapi bukannya gadis-gadis tersebut. Ini bermaksud, gadis-gadis tersebut hanya berhubung melalui sosial media sahaja, tetapi apabila dengan anda, si dia lebih suka bertemu dan bersua muka.

5. Anda berdua sangat tertarik antara satu sama lain. Masing-masing memainkan peranan untuk mencuri hati antara satu sama lain. Sama-sama ketawa, sama bahagia, tetapi tidak pernah pula berkongsi cerita mengenai kedukaan yang pernah si dia alami. Anda lihat, si dia sememangnya seorang yang ceria.

Malah, tidak pernah menceritakan sesuatu yang serius tentang ahli keluarganya, personalitinya. Anda seolah-olah tidak begitu kenal si dia.

Sebenarnya: Baca kembali point nombor satu, sebenarnya si dia tidak mahu begitu rapat dengan anda kerana khuatir anda terluka.

Kesimpulannya mereka ini memerlukan seseorang yang lebih bersikap rasional dalam memikirkan tentang kehidupan dalam jangka masa yang panjang. Orang sebegini seharusnya bertemu dengan seseorang yang lebih tegas supaya mereka tahu hidup ini bukan untuk keseronokan semata-mata.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen