4 Perkara Ini Penting, Ia Menandakan Bahawa Dirinya Lebih Mencintai Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak mahu terluka kerana cinta? Sudah pasti lah ia bermula dengan anda. Macam mana? Pasti lah anda perlu membuat satu pilihan yang bijak terhadap pasangan anda. Semasa berkenalan dan semasa bercinta, pasangan anda akan menjadi orang yang berbeza. Mungkin dirinya akan lebih menyayangi anda atau akan mula mengabaikan anda. Jadi untuk mengelakkan anda terluka, adalah lebih baik anda mencari mereka yang mempunyai empat ciri ini.



1. Mudah untuk memuji anda.

Apabila dirinya mencintai anda, sudah pasti lah dirinya akan kerap memuji anda. Siapa tidak bahagia jika pasangan idaman menjadi miliknya. Jadi dia tidak akan kedekut untuk memuji anda. Kata pujian ini mampu menyenangkan hati serta mampu membuat hati berbunga. Jadi dia melakukan ini pasti ingin melihat anda tersenyum senang.

2. Seorang yang berikan perhatian kepada anda.

Dirinya begitu takut untuk kehilangan anda, jadi dia akan menumpukan segala perhatiannya kepada anda. Hal ini kerana, dia tidak mahu sedikit pun terlalai yang akan menyebabkan anda berpaling darinya. Menjaga hati anda itu adalah keutamaan dirinya. Jadi dia memberikan sepenuh perhatian terhadap anda. Tidak kira lah dari segi percakapan anda, perbuatan, penampilan dan pelbagai lagi.


3. Sentiasa menyokong anda.

Siapa yang tidak bahagia jika ada penguat semangat serta penyokong dalam segala keputusan yang diambil? Dirinya itu sentiasa menyokong anda dalam segala keputusan yang baik anda ambil tetapi dia juga akan menasihati anda jika keputusan yang anda lakukan itu bukan satu perkara yang baik. Di mana dia ini boleh dianggap sebagai penyokong dan penasihat terbaik anda, seperti pendengar setia.

4. Merancang masa depan bersama.

Jika anda lihat pasangan anda sudah mula mengatur masa depannya, itu menandakan bahawa dirinya serius terhadap anda. Dan yang paling penting anda ada dalam setiap perancangannya itu. Dirinya begitu mencintai anda sehinggakan tidak sabar untuk membina hidup bersama dengan anda, walaupun dia tahu pelbagi cabaran yang perlu dirinya tempoh sebelum memiliki anda.

Bertemu dengan seseorang yang lebih mencintai kita begitu membahagiakan. Mana tidaknya, dia akan lebih banyak berkorban untuk kita dengan kerelaan dirinya. Dan sudah pasti anda akan lebih terasa bahagia jika bersama dengan orang yang mencintai anda ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen