Keharuman Bunga Rampai.

Oleh: Rafi

Dahulu, bunga rampai bagaikan satu kemestian dalam setiap majlis perkahwinan, jadi, bagaikan tidak ‘sah’ jika sesuatu majlis perkahwinan tidak ada bunga rampai. Keharuman bunga rampai yang tiada tandingannya sejak dahulu lagi, kini semakin berkurangan. Hal ini berlaku berikutan munculnya pelbagai jenis cenderahati yang lebih moden dan mudah dilakukan menjelangnya hari persandingan. Keharuman bunga rampai kadangkala hanya dapat dihidu di dalam bilik pengantin. Antara bahan-bahan utama untuk membuat bunga rampai ialah daun pandan, bunga-bungaan segar seperti bunga kertas, bunga kemboja, bunga kenanga, dan sebagainya. Ada juga sesetengah mempelai yang tidak begitu arif untuk membuat bunga rampai. Jadi, belajarlah daripada orang tua yang lebih arif tentang ini supaya mereka boleh memberi tunjuk ajar untuk membuat bunga rampai.



Net dan reben peneman setia.

Kebiasaanya juga bakal mempelai akan letakkan bunga rampai di salah sebuah dulang hantaran untuk digubah yang sememangnya ringkas dan mudah, gunakanlah kain net ataupun organza dan reben.

Bekas telur & bunga rampai.

Tidak salah untuk meletakkan telur dan bunga rampai di dalam satu bekas yang sama. Lagipun, telur dan bunga rampai bagaikan penyeri di dalam setiap majlis perkahwinan. Jika anda memilih untuk membuat cenderahati ini, bajet cenderahati anda akan ‘selamat’ hampir 50 peratus. Walaupun ringkas, namun sebenarnya keihklasan adalah yang utama.



Bahan-bahan untuk membuat bunga rampai:

• Daun pandan
• Bunga mawar
• Bunga melur
• Bunga tanjung
• Bunga kemboja (biasanya warna putih)
• Bunga cempaka
• Minyak wangi (sedikit)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen