Ketahuilah Lelaki, Setelah Berkahwin Suami Adalah Salah Satu Punca Tekanan Pada Seorang Isteri.

Menurut kajian, depresi lebih banyak terjadi pada kaum wanita berbanding lelaki.

SUAMI ADALAH SALAH SATU PUNCA DEPRESI ISTERI

Seperti yang anda tahu sebuah perkahwinan yang bahagia adalah terletak pada tangan suami yang bijak. Jadi, seorang suami itu adalah punca isteri menjadi bahagia atau kemurungan. Memang benar suami adalah salah satu punca yang menyebabkan si isteri menjadi depresi kerana lelaki yang bertanggung jawab untuk memimpin keluarga menjadi bahagia.

Sebagai lelaki anda mempunyai pilihan sama ada mahu menjadi punca kemurungan isteri atau punca kebahagiaan isteri?



SIKAP SUAMI YANG MENYUMBANG PADA DEPRESI ISTERI ADALAH SIKAP TIDAK AMBIL PEDULI

Apabila isteri sedih, dibiarkan rajuknya berlalu…

Apabila isteri penat, dibiarkan isteri tanpa dibelai…

Apabila isteri mahu meluahkan perasaan, dibiarkan isteri meroyan di sosial media...

Jadi, apakah tanggung jawab lelaki pada zaman sekarang? Hanya mahukan zuriat tanpa memikirkan perasaan isteri yang sebenar?

ANTARA SIKAP SUAMI YANG TIDAK AMBIL PEDULI ADALAH...

1. Tiada Kerjasama Urus Rumah.

Pinggan makan sendiri jarang sekali dibasuh. Dapur pun jarang usik. Berat tangan untuk bantu kosongkan sinki selepas isteri penat memasak. Tandas tidak terjaga. Sentiasa si isteri yang akan mencucinya. Kalau 3 bulan, 3 bulan la kotor macam tu.

Rumah pula dibiarkan bersepah tidak bersapu dan berkemas sehinggalah isteri yang selesaikan semuanya. Bila ada tetamu nak datang pun masih santai dan biar isteri terbongkok – bongkok mengemas demi menjaga maruah keluarga.

Ada yang sehingga anak ke 5 baru belajar menggunakan mesin basuh. Itu pun kerana terpaksa. Lipat kain pastu satu perkara yang sangat asing. Jangan cerita bab tanggungjawab. Kerja – kerja rumah ini bukannya secara total terletak kepada isteri. Berhenti jadikan ia alasan murahan untuk menjadi lelaki yang pemalas.



2. Tidak mempedulikan pelajaran anak.

Ada juga sebahagian lelaki yang hanya bergantung pada isteri bab pendidikan anak-anak. Mahukan si isteri sahaja yang menguruskan segalanya, kerana pemikiran mereka adalah perempuan lebih bijak dalam mendidik anak-anak. Ia lebih menjurus dalam menambahkan tekanan mental pada si isteri sahaja. Padahal dalam mendidik anak-anak, suami yang patut menyumbang lebih banyak kerana anak-anak yang bijak adalah hasil daripada didikan ayah, menurut kajian.

3. Tidak ambil peduli dalam keperluan rohani isteri.

Keperluan rohani adalah keperluan di dalam jiwa isteri iaitu keperluan asas setiap suami untuk menyelami jiwa isteri dan mengawal emosi mereka supaya tidak kerasa kepala malah mudah dididik menjadi isteri solehah.

Contoh keperluan rohani isteri adalah seperti menjaga isteri, membelai isteri, meneman isteri, menjadi penglipur lara isteri, ada bila saat diperlukan, memeluk isteri bila semangatnya jatuh dan seumpama dengannya.

SUAMI MEMANG PERLU BERADA DISISI ISTERI

Sebagaimana isteri perlu sentiasa berada disisi suami kerana ternyata syurga isteri terletak pada telapak kaki suami. Seorang wanita yang bergelar isteri mahupun ibu memang pandai berdikari, tetapi alangkah bagusnya jika ada suami di sisi untuk membantu? Itulah yang dinamakan SUAMI.

Pandai berdikari tidak semestinya perkara semua jadi mudah bagi mereka. Jika suami mampu untuk memenuhkan segala keperluan isteri, usah kata depresi berkerut kening dan mengeluh pun akan sukar terjadi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen